"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, August 12, 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta



28 Ramadan 1434

Kata orang tua-tua “Tak kenal maka tak cinta”. Para ulama usuluddin mengatakan bahawa awal-awal agama itu ialah mengenali Allah. Mengikut perkiraan, terawih hanya tinggal pada malam ini dan malam besok sahaja. Lepas itu kita akan sambut raya.

Bagi orang mukmin yang mengenali Ramadan maka ia akan rasa sedih dan sayu untuk meninggalkannya. Tetapi sudah menjadi sunnatullah bahawa Ramadan akan datang dan kembali mengikut putaran masa.

Nikmat berpuasa dan beribadat pada bulan Ramadan tidak terhingga bagi mereka yang mengenali Ramadan. Daripada kenal maka dia jatuh cinta pada Ramadan sehingga tak sanggup untuk berpisah dengan Ramadan.

Satu ketika seorang badwi datang bertanya rasulullah saw berkenaan satu kaum yang mencintai seseorang tapi tidak dapat bertemu dengannya. Rasulullah saw menjawab:

"المرء مع من أحب"

“Seseorang akan bersama dengan yang dicintai”. Kalau kita mencintai Ramadan maka Ramadan akan mencintai kita dan akan membawa kita ke syurga. Sabda nabi saw:

من صام رمضان إيمانا واحتسلبا غفر له ما تقدم من ذنبه

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka diampunkan dosanya yang telah lepas”

Apabila dosa telah terampun maka seseorang akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga. Kalau manusia membawa dosa maka dia tak boleh masuk syurga kecuali setelah mendapat keampunan daripada Allah swt.

Kita kena muhasabah diri kita adakah madrasah Ramadan yang kita lalui ini berjaya atau sebaliknya. Adakan kita tergolong daripada hamba Allah yang dibebaskan daripada api neraka?

Disamping kita merasai nikmat iman dan amal ini kita juga kena ingat tugas kita iaitu menyampaikan kepada orang lain.

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آَمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

بلغوا عني ولو آية

Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat. Kalau kita tahu satu ayat pun kita kena sampaikan kepada orang lain. Kalau tahu lebih daripada itu maka kena sampaikan.

0 comments:

Post a Comment