Bulan Ogos adalah satu bulan yang
sinonim dengan bulan kemerdekaan. Rata-rata rakyat Malaysia memperkatakan tentangnya.
Persoalannya ialah adakah semua kita benar-benar telah memerdekakan diri dan
jiwa kita seiring dengan kemerdekaan negara. Ada orang berpendapat bahawa
manusia merdeka apabila negaranya merdeka. Ada orang menganggap bahawa
kemerdekaan itu ialah bebas melakukan apa sahaja yang terlintas di hati dan
terlihat di mata.
Islam mempunyai pandangan tersendiri tentang merdeka bahkan kemerdekaan atau kebebasan merupakan salah satu prinsip asas dalam Syariat Islam. Islam melihat kebebasan sebagai suatu keperluan asasi bagi setiap manusia. Sebab itulah dalam sejarah tentera Islam membuka negeri-negeri ketika menawannya bukan menjajahnya kerana Islam tidak bertujuan menguasai tetapi bertujuan membebaskan manusia bagi menerima kebenaran Allah. Kita tidak melihat mana-mana kerajaan Islam yang memaksa rakyatnya memeluk Islam tapi kita melihat ramai umat Islam diseksa dan dianiayai semata-mata kerana menerima Islam.
Islam mempunyai pandangan tersendiri tentang merdeka bahkan kemerdekaan atau kebebasan merupakan salah satu prinsip asas dalam Syariat Islam. Islam melihat kebebasan sebagai suatu keperluan asasi bagi setiap manusia. Sebab itulah dalam sejarah tentera Islam membuka negeri-negeri ketika menawannya bukan menjajahnya kerana Islam tidak bertujuan menguasai tetapi bertujuan membebaskan manusia bagi menerima kebenaran Allah. Kita tidak melihat mana-mana kerajaan Islam yang memaksa rakyatnya memeluk Islam tapi kita melihat ramai umat Islam diseksa dan dianiayai semata-mata kerana menerima Islam.
Rib’i bi Amir menegaskan kepada Rustum,
panglima Parsi
“Allah telah
mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk
kepada penyembahan Allah Ta'ala, daripada kesempitan dunia kepada dunia yang
lapang, daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.”
Islam diutuskan kepada manusia bagi
membebaskan rohani dan batin mereka daripada memperhambakan diri kepada selain
Allah. Sebab itu agama Islam namanya ISLAM, bukan agama Muhammad. Allah menjelaskan bahawa Nabi Muhammad S.A.W
tidak lebih dari seorang Rasul. Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 144
:
“Muhammad itu tidak lain hanyalah
seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah
jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa
yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada
Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang
bersyukur.”
Manusia mungkin berjaya membebaskan dirinya daripada perhambaan kepada sesama makhluk dan daripada menjadi hamba kepada permasalahan hidup, tetapi kadang-kadang manusia sering menjadi hamba kepada nilai dan norma hidup. Manusia akan merasakan wujudnya perbezaan martabat dan kemuliaan berasaskan nilaian harta, keturunan, pangkat dan kedudukan. Firman Allah dalam surah al-Saba’ ayat 35-37 :
Dan mereka berkata: "Kami lebih
banyak mempunyai harta dan anak-anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak
akan diazab. Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi
siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya),
akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". Dan sekali-kali bukanlah
harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami
sedikitpun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh,
mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang
telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi
(dalam surga).
Ramai manusia gagal membebaskan dirinya daripada perhambaan kepada hawa
nafsu. Mereka telah menjadikan hamba nafsu mereka sebagai tuhan yang disembah. Firman
Allah dalam surah al jathiah ayat 23 :
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang
menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan
ilmu-Ny dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan
tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk
sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil
pelajaran?”
Jiwa yang bebas dan merdeka hanya
meletakkan dunia dan segala perhiasannya di tangan mereka bukan di hati. Jiwa
yang bebas dan merdeka akan sentiasa berwaspada dengan fitnah harta dan
perhiasan dunia. Kemewahan dunia tidak menjadikan mereka alpa tentang akhirat
sana.
Pembebasan terbesar yang diberikan oleh Islam kepada manusia ialah kebebasan memilih aqidah dan kebenaran. Firman Allah dalam surah Yunus ayat 99 :
“Dan jika tuhanmu menghendaki nescaya
akan beriman segala penghuni muka bumi seluruhnya, maka apakah kamu berhasrat
mahu memaksa mereka supaya menjadi orang beriman semuanya.”
Juga firman Allah dalam surah al baqarah
256:
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama
(Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.
Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah,
maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada
tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui.
kebanyakan manusia terus memilih
kesesatan walaupun amat nyata kepalsuannya. Manusia masih mengikut apa yang
diwarisi daripada nenek moyang mereka. Manusia masih enggan meninggalkan amalan
kesesatan mereka walaupun amat menyedari bahawa kesesatan itu akan
merosakkannya. Manusia masih sanggup terus bergelumang dengan dosa walaupun
menyedari bahawa maksiat yang akan dilakukan akan menyeret mereka ke neraka.
Inilah seburuk-buruk perhambaan yang mencengkam manusia jika kita tidak
berwaspada.
Merdekakah kita jika jiwa masih menjadi
hamba kepada harta benda. Merdekakah kita dengan hanya bebas fizikal tapi hati
masih terpenjara. Merdekakah kita dengan sorakan kemerdekaan jika di sanubari
tiada terdidik sebarang rasa untuk mempertahankannya. Merdekakah kita dengan
hanya mengibar bendera merata-rata tetapi tiada lagi semangat juang untuk
mempertahankan agama dan negara. Apa yang hendak dibangga keamanan dan
kemewahan negara jika hari yang berlalu hanya menambahkan dosa. Selamat
Menyambut Bulan Merdeka! MERDEKA.
1 comments:
InsyaAllah, ust..
Post a Comment