"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, July 31, 2013

Bersama Imam Muda Gaza




Alhamdulillah, sekali lagi jemaah Masjid Pekan Keningau didatangi oleh Imam dari Semenanjung Gaza Palestin. Tahun lepas Imam muda dan juga Syaikh Mahmud Siyam, mantan Imam besar Masjidil Aqsa bertamu. Tahun ini seorang lagi Imam muda datang ke Keningau. Syeikh Abdul Hamid al-Mughribi.

Beliau telah memberikan sedikit tazkirah kepada para jemaah seusai mengimami solat qiyam dan witir. Antara isi kandungan tazkirah:

1. Allah swt bagitahu Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

2. Kebanyakan orang menyangka bahawa apa yang berlaku di Palestin adalah masalah dalaman mereka, tidak melibatkan orang Islam sedunia. Sebenarnya Palestin dan Masjidil Aqsa adalah milik seluruh umat Islam.

3. Kita mencintai bumi Palestin bukan kerana tanamannya yang subur, bukan kerana bangunannya tetapi  kerana Masjidil Aqsa yang berada di sana. Masjid yang mana berlakunya peristiwa besar Isra’ dan mikraj.

4. Bumi Palestin merupakan tempat dakwah para anbiya’. Nabi Ibrahim, Nabi Isa, Nabi Yacob, Nabi Sulaiman dan ramai lagi para anbiya’ pernah berada di Palestin. Manakala Masjidil Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam. Masjidil Aqsa adalah tempat baginda mengimami solat bersama para anbiya’. 
 jemaah memenuhi ruangan masjid

5. Hari ini Regim Yahudi laknatullah telah memperkosa Masjidil Aqsa. Mereka telah melakukan kekejaman demi kekejaman terhadap Masjidil Aqsa. Mereka berusaha merobohkan binaan masjid dengan alasan mencari Haikal Sulaiman.

6. Jika dahulu Masjidil Aqsa dibebaskan oleh Umar Al Khattab daripada cengkaman Rome, Salauhudun al Ayyubi mengambil kembali Masjidil Aqsa daripada Salibiyyin. Hari ini Masjidil Aqsa mencari-cari mana dia Umar, mana dia Salahuddin.

7. Kekejaman yang dilakukan oleh tentera Yahudi terhadap Masjidil Aqsa amat dahsyat. Begitu juga yang dilakukan ke atas penduduk Semenanjung Gaza. Tanah Gaza tidaklah luas mana tetapi Yahudi telah melakukan pencerobohan yang amat dahsyat.

8. Pada 2008 Yahudi telah menjatuhkan bom selama 21 hari berturut-turut mengakibatkan kematian ramai orang termasuk kanak-kanak dan wanita. Kemusnahan masjid-masjid, bangunan-bangunan dan rumah tak boleh dibayangkan.

9. Ada tawanan  yang telah dijatuhkan hukuman yang tak masuk akal. Tentera Yahudi menghukum penjara selama 4500 tahun. Bayangkan. Umur kita antara 60 hingga 70 tahun sahaja. Jika meninggal, jenazah mereka tidak akan dikembalikan kepada keluarga sehinggalah selepas 4500 tahun.

10. Mereka marah kepada kami kerana pemimpin kami Ismail Haniyyah tidak mengiktiraf Israel dan berjanji  akan membebaskan Masjdil Aqsa daripada Yahudi. Nabi saw bersabda “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah Muslim memerangi Yahudi”.

11. Walaupun kami dizalimi sedemikain rupa tapi kami tabah menghadapinya. Hari ini Alhamdulillah, penduduk Gaza mempunyai kesedaran agama yang amat tinggi. Mereka berpegang teguh dengan ajaran Islam.

12. Dalam kalangan kami ramai para ulama yang terdiri daripada pelbagai jurusan pengajian. Ramai anak- anak Gaza yang menjadi hafiz dan hafizah. Insya Allah, bumi Palestin akan disirami dengan cahaya Islam.

13. Bercakap tentang Palestin dan Masjidil Aqsa tak akan habis walaupun sampai Subuh esok hari . Cukuplah sekadar itu. Saya berdoa agar Allah swt memberikan kemenangan kepada perjuangan memartabatkan Islam di Palestin. begitu juga di Mesir, Syiria dan lain-lain tempat. 

0 comments:

Post a Comment