"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Tuesday, July 30, 2013

Puasa Untuk Sihat




Allah swt mewajibkan puasa ke atas umat Islam. Objektif pengsyariatan puasa ialah untuk melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Taqwa merupakan alat untuk mendapat kemuliaan di sisi Allah. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling tinggi nilai taqwanya.

Dengan ikut ajaran Islam kita bukan sahaja mendapat pahala dan laba semata untuk bekal akhirat sana bahkan juga mendapat untung ketika di dunia juga. Antara untungnya puasa ialah sihat tubuh badan.

Banyak kajian telah dijalankan tentang puasa ini. Ianya satu kaedah berkesan untuk kesihatan tubuh badan. Ada seorang pengkaji telah menyatakan bahawa sudah sampai masanya untuk kita mengubati pelbagai penyakit dengan berpuasa. Masya  Allah Tabarakallah.

Kalau kita tengok mereka yang ternama kebanyakan mereka menjadikan latihan berpuasa sebagai cara untuk mendapatkan kemuliaan. Bahkan bukan Islam pun mengakui kemujaraban dan keajaiban amalan puasa ini.
SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA

0 comments:

Post a Comment