Bulan Ramadan datang lagi. Pada bulan ini umat
Islam mengambil peluang untuk melipat gandakan amalan kebajikan. Mudah-mudahan
amalan kita diterima Allah untuk kita jadikan bekalan untuk hari kemudian.
Antara yang dilakukan oleh umat Islam ialah
memberikan sedekah. Amalan bersedekah adalah amalan terpuji. Pelakunya mendapat
pahala berganda lebih-lebih lagi jika dilakukan pada bulan Ramadan.
Malangnya ada juga sedekah yang tidak diterima
oleh Allah swt kerana dalam bersedekah itu ada keliru. Sedekah yang keliru
berlaku kerana beberapa sebab, antaranya:
1. sedekah yang diungkit-ungkit dan menyakiti penerima
Allah swt berfirman maksudnya “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala)
sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima),
seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya’ kepada manusia dan dia
tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu
seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan
lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai
sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk
kepada orang-orang yang kafir (al-baqarah:264).”
2. Barangan yang
disedekahkan daripada yang jelek dan buruk
Firman Allah swt
dalam surah al-baqarah ayat 267 yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman,
nafkahkanlah (di jalan allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik
dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah
kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu
sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya.
Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
3. Mengherdik si
peminta sedekah
Perbuatan ini
dilarang oleh Allah swt sepertimana yang termaktub dalam al-quran surah
al-dhuha ayat yang kesepuluh, “Dan
terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu mengherdiknya”.
“SELAMAT
MENJALANI IBADAT PADA BULAN RAMADAN. SEMOGA ALLAH MENERIMA SEMUA AMALAN”.
4 comments:
Amin..tertunggu-tunggu update Ustaz...
musafir kehidupan,
terima kasih kerana menunggu.semoga kita diberkati Allah selalu.
Mohon share ust...
Khairul zaman,
Tak perlu mohon. Ambil saja untuk kebaikan bersama
Post a Comment