"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, August 6, 2011

Tidak Meninggalkan Perkara-perkara Yang Sia-sia Ketika Berpuasa

Soalan: Apakah hukumnya jika seseorang beribadat puasa tetapi melakukan perbuatan yang sia-sia ketika siang hari?

Jawapan: Matlamat pengsyariatan puasa ialah untuk melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Taqwa ialah melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Di antara kecantikan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berfaedah kepadanya. Hal ini diberitahu oleh nabi SAW dalam satu hadis yang bermaksud:

“Antara kecantikan Islam seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang sia-sia (tidak berfaedah) kepadanya”.

Berkaitan dengan soalan yang dikemukakan itu, maka sudah jelas bahawa ianya adalah bertentangan dengan objektif puasa itu sendiri dan juga merupakan perbuatan orang yang tidak elok keislamannya.

Dari segi hukum, puasanya sah tapi pahalanya tidak sempurna ataupun tidak mendapat pahala langsung. Dengan kata lain puasanya adalah sia-sia. Sabda nabi SAW:

من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه

Maksudnya : Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya maka Allah tidak mempunyai hajat padanya dalam dia meninggalkan makanan dan minumannya (puasanya sia-sia).

Dalam satu hadis lain, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: "Puasa itu benteng, maka janganlah berkata keji dan jangan berbodoh diri. Jika seseorang menentang atau memakinya maka hendaklah ia berkata : "Sesungguhnya saya sedang berpuasa" - dua kali.

Kesimpulannya, janganlah kita melakukan sesuatu yang sia-sia lebih-lebih lagi ketika kita sedang melakukan ibadat puasa. Penuhilah ruang dan peluang yang ada dengan mempertingkatkan amal ibadat seperti membaca al-quran, berzikir, berdoa, menjalinkan silaturrahim dan lain-lain.

6 comments:

Anonymous said...[Balas]

benar tu ustaz...

mohdrusli said...[Balas]

@Anonymous
Teringat saya akan hadis Umar yang hairan kerana membenarkan jawapan nabi kepadanya. Dia bertanya dan dia sendiri yang membenarkan. sayang saya tak kenal anda kerana ramai sangat Anonymous. Apa pun terima kasih kerana membenarkan yang benar.

Anonymous said...[Balas]

Assalamualaikum Ustaz
Kemah tu balasan ustaz.
:) senyum dulu, bagi sedekah, lama doh dok telepong, ada soalan ni, tak nak telepong, harap dapat dikongsi bersama. Saya dengar dalam satu kuliyyah mengatakan bahawa orang islam yang berperangai buruk yang menyebabkan orang bukan islam menbenci islam adalah dosa besar, nak tanya pendapat ustaz ni macamana- bos besar bayt al-iman :)- terima kasih.

Anonymous said...[Balas]

Lupa bagitahu en anom atas tu bukan saya ustaz :)-boss besar bayt al iman

mohdrusli said...[Balas]

@Anonymous
Kepada Abi Muhammad,
Islam ajar kita supaya dakwah manusia kepada Islam, bukan menjauhkan mereka daripada Islam. Mengenai statement di atas maka ianya betul jika perangai buruk yang dilakukan ialah melibatkan dosa besar yang disebut oleh para ulama, antaranya al- Imam az_Zahabi dalam kitabnya الكبائر. Ia akan jadi lebih besar lagi jika menyebabkan orang tidak Islam membenci Islam.

Anonymous said...[Balas]

Terima kasih, baru juga tahu perkara ni, harap ustaz dapat tulis satu entry tentang perkara ni untuk rujukan dan nasihat. Mudah nak dapat dosa besar jika kita tak jaga betul-betul perangai kita. Terima kasih-Bayt al iman

Post a Comment