"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan dan al-Quran

Apabila tiba bulan Ramadhan maka ramai orang akan membuka lembaran al-quran. Membaca dan bertadarus al-quran di rumah, pejabat, sekolah dan lain-lain. Ini adalah satu amalan yang amat digalakkan.

Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan kepada seluruh manusia samada yang mengaku keesaan Allah atawa seorang aties yang menolak kewujudan tuhan. Dalilnya Allah SWT sebut:

(beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). (al-baqarah:185)

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril. Membacanya adalah ibadat. Sesiapa yang mengikutnya akan mendapat petunjuk dan sesiapa yang berpaling daripadanya adalah tergolong daripada hamba Allah yang rugi.

Dengan kehadiran Ramadhan kali ini marilah sama-sama kita bermuhasabah diri. Adakah kita selalu mendampingi al-quran, selalu membaca dan mengamati kandungan al-quran serta beramal dengannya. Sepatutnya al-quran dibaca dan dihayati setiap hari apatah lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Orang alim ada berkata “Jika pada bulan Ramadhan kita tidak membaca al-quran maka bila lagi kita akan membaca al-quran?” Justeru sempena kehadiran Ramadhan ini saya menyeru diri saya sendiri dan tuan-tuan agar sama-sama kita memperbanyakkan membaca al-quran. Sabda nabi SAW:

عن أبي موسى الأشعري عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : مثل المؤمن الذي يقرأ القرآن مثل الأترجة طعمها طيب وريحها طيب ومثل المؤمن الذي لا يقرأ القرآن مثل التمرة طعمها حلو وليس لها ريح ومثل المنافق الذي يقرأ القرآن مثل الريحانة ريحها طيب وطعمها مر ومثل المنافق الذي لا يقرأ القرآن مثل الحنظلة ليس لها ريح وطعمها مر

Daripada Abi Musa al-Asy'ari r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran ialah seperti perumpamaan buah utrujah iaitu buah yang berbau harum dan rasanya enak. Manakala perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya akan tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca al-Quran ialah seperti buah Raihanah iaitu buah yang berbau harum tetapi rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah hanzhalah (peria) iaitu buah yang tidak ada bau sama sekali dan ditambah pula oleh rasanya yang pahit.

0 comments:

Post a Comment