"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, August 14, 2011

Doa Ketika Sungkai Puasa


Ketika sungkai kita disunatkan baca doa. Masa zaman budak-budak dulu saya ada belajar doa ketika sungkai. Lafaznya berbunyi:

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وبك آمنت وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ

“Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa, dengan-Mu aku beriman dan dengan rezeki-Mu aku berbuka.

Semasa saya berada di Jordan, tidak pula saya dengar doa sebegitu dibaca melalui radio. Doa yang dibaca ialah:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

“Telah hilang rasa dahaga, dan basah kembali urat-urat dan Insya Allah mendapat pahala (disisi-Nya).”

Saya cuba rujuk perihal bacaan nabi ketika sungkai. Saya dapati lafaz yang paling sahih ialah:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

Lafaz ini ada dalam Sunan Abi Daud. Sanad hadis ini adalah hasan.

Adapun doa sungkai puasa yang kita belajar dan diamalkan oleh kebanyakan masyarakat kita di sini, hadisnya juga terdapat dalam Abi Daud dengan lafaz:

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ

“Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka. “

Sanad hadis ini lemah, dengan kata lain hadis ini statusnya dhaif.

والله أعلم

2 comments:

abu mahdi said...[Balas]

terBaEk abe Lie,
ana pun dapat tau ttg ni drpd Ust drpd Jordan jgk time d matrik uia dulu...ust Mazlee..hehe
mantap ust2 jordan nih..

junaidi said...[Balas]

tq.. mudahan boleh diamalkan dan disebarkan..

Post a Comment