"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, August 10, 2011

Puasa dan Doa

Dalil kewajipan ibadat puasa disebut dalm surah al-baqarah, ayat 183. Berkenaan hukum puasa ini dicerakinkan lagi dalam ayat 184, 185 d1n 187. Dalam ayat 186 Allah SWT berfirman:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Ayat ini berkenaan dengan doa. Kenapa ayat ini terselit antara ayat berkenaan puasa? Dalam hal ini Ibnu Kathir mengatakan bahawa memperbanyakkan doa ketika berpuasa adalah amalan yang dituntut.

Banyak hadis yang mengisyaratkan bahawa antara doa yang dimakbulkan ialah doa orang berpuasa sehingga dia berbuka. Allah tak akan mungkir janji. Setiap doa yang kita pinta pasti dikabulkan.

Allah kabul doa dengan tiga cara:

Pertama: Allah perkenankan doa sebagaimana yang dipinta oleh hamba. Misalnya seseorang berdoa untuk dapat anugerah cemerlang atawa naik pangkat. Dia dapat sebagaimana yang dihajatkan.

Kedua: Allah kabulkan dengan cara menggantikannya dengan yang lebih baik. Misalnya seseorang berdoa untuk dapat anugerah cemerlang atawa naik pangkat. Allah tak beri sebagaimana yang dipinta tetapi diberikannya yang lebih baik.

Mungkin jika dia naik pangkat maka dia kena pindah berjauhan dari pasangan masing-masing yang boleh menyebabkan perceraian atawa suami kahwin lain sebab isteri kejar pangkat.

Ketiga: Allah simpan doa itu sebagai pahala yang akan dia rasa nikmatnya pada hari akhirat kelak. Bagi orang mukmin mereka akan berebut untuk mendapat bahagian di akhirat.

Kesimpulannya kita seharusnya memperbanyakkan doa dalam bulan Ramadhan ini. Mintalah kepada Allah apa-apa sahaja hajat yang kita hajati. Allah SWT tidak sekali-kali mensia-siakan doa orang baik-baik.


0 comments:

Post a Comment