Alhamdulillah, dengan taufik dan inayah daripada Allah maka dapat kita laksanakan aktiviti yang dirancang dengan jayanya. tahniah dan syabas kepada semua jawatankuasa yang terlibat.
Madrasah Ramadhan adalah satu medan untuk kita membersihkan hati kita. Ia ibarat seperti pengecas bateri. Objektif pensyariatan puasa itu sendiri supaya melahirkan manusia yang bertaqwa.
Proses taqwa tidak boleh berhenti selepas berakhirnya Ramadhan. Tuhan yang kita sembah bukan sahaja tuhan kepada Ramadhan bahkan juga tuhan kepada Syawwal dan lain-lain bulan.
Saya teringaat kata-kata Dr Yusuf Qardhawi dalam satu khutbah idil fitri satu ketika dahulu. Beliau berkata:
فمن كان يعبد رمضان فإن رمضان قد فات ومن كان يعبد الله فإن الله حي لا يمـوت
“Barangsiapa menyembah Ramadhan, maka Ramadhan telah pergi. Namun barangsiapa yang menyembah Allah, maka Allah tetap hidup dan tidak akan pernah mati.”
Sekian.
2 comments:
Alhamdulillah..
Assalamualaikum ustaz,
bolehkah ustaz beritahu cara2 pelaksanaan solat sunat tasbih seperti jumlah rakaat serta surah yg ptut dibaca? sy sedikit keliru kerana sy terbaca di buku, caranya berbeza dengan apa yg sy rujuk d internet. sy harap ustaz boleh ulas , serta menjelaskan kepentingan solat sunat ini. terima kasih ustaz.
Post a Comment