"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, March 4, 2011

Halaqah riyadhus solihin 5 (HARIS 5)

Tarikh:18 Feb. 2011

Tempat:Masjid IPG Kampus Keningau

Masa:selepas solat Subuh

Pengawasan

قال الله تعالى " الذي يراك حين تقوم وتقلبك في الساجدين " الشعراء

Hari ini kita masuk bab muraqabatullah. Ayat yang pertama Allah SWt sebut:

"Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk sembahyang), Dan (melihat pula) perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud".(as syuara’).

Allah SWT sentiasa memerhatikan gerak geri kita samada semasa kita solat atau tidak. Kita diperhatikan Allah every moment, every second. Sebab tu kalau kita sedar dan yakin akan hal ini maka kita tak akan berani buat maksiat.

Masa kita solat, untuk capai martabat ihsan nabi SAW bagitahu:

أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فأنه يراك

Kita sembah Allah seolah-olah kita lihat Allah. Kalau tidak dapat maka sesungguhnya Allah lihat kita.

Macamana kita kalau menyertai majlis keramaian misalnya? Majlis bersama TYT di istana. Dengan tertib kita duduk. Berpakaian kemas. Hand phone kasi mati atawa silent. Sebab apa? Sebab ada TYT. Orang kenamaan. Diperhatikan oleh jawatankuasa protokol. Kalau buat bising kena halau.

Sepatutnya kita masa solat lebih lagilah kena ikut tertibnya. Ada tomakninah. Tidak diganggu dengan deringan hand phone yang entah apa-apa.

وقال الله تعالى " وهو معكم أينما كنتم " الحديد

dan Dia bersama kamu di mama saja kamu berada. dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan.(al hadid).


قال تعالى "إن الله لا يخفي عليه شيء في الأرض ولا في السماء " آل عمران

Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit.(Ali Imran).

Allah tahu belaka. Bahkan langit bomi inipun Allah yang bikin. Dalam ayat lain Allah sebut “ Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kacawali dia sendiri, dan dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)"


قال تعالى " يعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور " غافر

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.(Ghafir)

Maksud pandangan mata yang khianat adalah pandangan yang dilarang, seperti memandang kepada wanita yang bukan mahram. Tengok wanita bukan mahram tanpa keperluan adalah terlarang. Kalau tengok dengan syhawat lagilah.


عن أبي ذر جندب بن جنادة وأبي عبد الرحمن معاذ بن جبل رضي الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال اتق الله حيثما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن رواه الترمذي وقال حديث حسن

Daripada Abi Zar Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az Bin Jabal RA
daripada Rasulillah SAW sabdanya, "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana saja engkau
berada. Dan ikutlah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya ia akan
menghapuskan kejahatan tersebut. Dan berperangai kepada manusia dengan perangai
yang bagus".

Dalam hadis ini ada tiga arahan nabi SAW, Pertama taqwallah. Bertaqwa kepada Allah mesti setiap masa dan ketika. Di mana saja kita berada dan kapan bila pun kita mesti ada sifat taqwa. Taqwa ni secara ringkasnya buat yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang.

Keduanya nabi pesan supaya kita ikuti keburukan atau kesalahan yang kita lakukan itu dengan kebaikan. Kebaikan akan menghapuskan dosa lampau. Dalam quran Allah sebut:

Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.

Hadis ini juga memberi isyarat kepada kita bahawa orang bertaqwa pun masih lagi buat salah. Manusia memang sentiasa buat silap dan salah. Dengan rahmat Allah SWT yang maha pengampun lagi maha penyayang maka Allah beri ruang dan peluang untuk kita bertaubat.

Allah SWT sediakan syurga untuk orang muttaqiin. Antara ciri muttaqiin ini Allah sebut:

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau mengzalimi diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

Yang ketiga ialah supaya kita membawa akhlak yang baik ketika bergaul dengan manusia. Akhlak yang baik adalah mukmin yang paling sempurna imanya.

اكمل المؤمنين إيمانا أحسنهم خلقا

Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Maka mari sama-sama kita hayati wasiat nabi ini mudah-mudahan hidup kita diredhai dan di berkati oleh-Nya.

0 comments:

Post a Comment