Tempat:Masjid IPG Kampus Keningau
Masa:selepas solat Subuh
Benar
Kalimah “as sidq” (benar) digunakan oleh kaum sufi dengan makna sama tara antara rahsia dan terang-terangan, zahir dan batin dengan cara hal ehwal hamba tidak membohongi amalannya, begitu juga amalannya tidak membohongi hal ehwalnya. Mereka menjadikan ikhlas sebagai sesuatu yang lazim dan umum.
Setiap orang yang benar adalah ikhlas, dan bukan semua orang yang ikhlas itu benar. Junaid al Baghdadi, seorang ahli sufi mengatakan bahawa terdapat perbezaan antara ikhlas dan benar. Sifat benar ialah yang asal manakala ikhlas adalah cabangnya.
قال الله تعالى " يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين " التوبة
119. Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.(at taubah)
قال تعالى " والصادقين والصادقات " الأحزاب
..dan lelaki dan perempuan yang benar.
Ayat ini disebut dalam surah al ahzab :35. Al Imam an Nawawi ambil syahid ayat berkenaan bab ini. Sebenarnya ayat ini panjang, menceritakan tentang pahala dan pengampunan yang Allah sediakan kepada hamba-Nya samada lelaki ataupun perempuan. Ayatnya yang lengkap ialah:Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah Telah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar.
عن ابن مسعود رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إن الصدق يهدي إلى البر وإن البر يهدي إلى الجنة وإن الرجل ليصدق حتى يكتب عند الله صديقا وإن الكذب يهدي إلى الفجور وإن الفجور يهدي إلى النار وإن الرجل ليكذب حتى يكتب عند الله كذابا متفق عليه
Daripada Ibni Mas’ud RA daripada nabi SAW sabdanya “Sesungguhnya benar itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu mernbawa kepada syurga. Seseorang yang mernbiasakan dirinya bersikap benar, sehingga tercatat di sisi Allah sebagai siddiq. Dan sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan, dan kejahatan mernbawa kepada neraka. Seseorang yang suka berdusta, nescaya tercatat di sisi Allah sebagai pendusta (kazzab).
Kalimah (al bir) ialah nama bagi semua jenis kebaikan yang banyak. Kata ulama benar ini adalah pencetus kepada semua amalan saleh yang bersih daripada segala yang tercela. Amalan saleh inilah yang akan membawa ke syurga.
As siddiq (الصديق) ialah martabat kedua selepas an nabiyyiin yang Allah beri nikmat. Dalam quran Allah sebut:
Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para siddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya.(an nisa’:69)
Kalimah siddiiqiin ialah kata plural bagi siddiq, merujuk kepada orang-orang yang amat teguh kepercayaannya kepada kebenaran rasul, dan inilah orang-orang yang dianugerahi nikmat sebagaimana yang kita minta dalam dalam surat Al Faatihah ayat 7.
Abu Bakar RA dapat gelaran “as siddiq” kerana beliau membemarkan segala apa yang di bawa oleh baginda nabi SAW without any argument. Dalam peristiwa isra’ mikraj, tatkala ramai orang tidak membenarkan cerita nabi tapi Abu Bakar dengan tegas mengeluarkan statementnya:
إن كان قد قال ذلك فقد صدق
“Sekiranya nabi yang mengatakannya maka benarlah ia”. Inilah dia sahabat nabi SAW, Abu Bakar. Namanya Abdullah bin Abi Qahafah. Sahabat yang paling tinggi maqam siddiq.
Begitulah sebaliknya sekiranya manusia membiasakan dusta maka tertulis baginya sebagai “kazzab”- pendusta. Kadang-kadang muka pendusta ni kita boleh kenal daripada riak mukanya. Tengok je dah rasa lain.
نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ
ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. Muka pendusta ni tak ada seri. Masam mencuka, kita boleh tengok sekarang orang jenis macam ni. Cakap sepuluh nak percaya satu pun susah.
Zaman nabi ada seorang pendusta besar. Namanya musailamatul kazzab. Musailamah yang amat dusta. Menganggap dirinya nabi lagi rasul. Kaum dia kata Muhammad ada quran kamu ada apa? Musailamah kata aku ada juga! Antara ayat yang direkanya ialah:
يا ضفدع بنت ضفدعين نقي ما تنقين أعلاك في الماء وأسفلك في الطين
Cerita bab kodok, “Kodok oh kodok! Berkedek kamu, kamu tak berkedek, atas kamu air, bawah kamu tanah”. Tak ada nilai langsung. Al Jahiz dalam kitabnya al haywan mengatakan bahawa nilai bahasa yang digunakan Musailamah dalam bab kodok ini amat jelek sekali. Memang dia seorang pendusta dan patut dipanggil al kazzab.
Jadi tuan-tuan marilah sama-sama kita menghayati nilai as sidq dalam kehidupan kita. Benar dalam perkataan, benar dalam perbuatan, benar dalam iktiqad. Mudah-mudahan kita tergolong daripada golongan siddiqin.
2 comments:
terBaEk abe Lie...
perjuangan sentiasa d teruskan...
Abu mahdi:Ana teringat dan terkenang saat ketika kita berHARIS di tiang no. 1 masjid UIAM. Rasa nikmat bersama kalian mengupas hadis rasul junjungan.
Post a Comment