"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Tuesday, February 8, 2011

Pilihlah wanita kerana agamanya


عن أبي هريره رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:(تنكح المرأة لأربع: لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها، فاظفر بذات الدين تربت يداك).

Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya “Wanita dikahwini kerana empat perkara:kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka hendaklah kamu memilih wanita kerana agamanya, nescaya kamu beruntung dan berbahagia.

وفي حديث عبد الله بن عمرو عند بن ماجة رفعه لا تزوجوا النساء لحسنهن فعسى حسنهن أن يرديهن أي يهلكهن ولا تزوجوهن لاموالهن فعسى اموالهن أن تطغيهن ولكن تزوجوهن على الدين ولأمة سوداء ذات دين أفضل

Ibnu Hajar dalam kitabnya fathul bari menaqalkan hadis Abdullah bin Amru kata nabi SAW: “Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka melampau batasan.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama dalah lebih baik”.

Kepada yang bakal mendirikan rumahtangga dan akan mendirikan rumahtangga, renungilah hadis ini sebagai pedoman untuk masa depan yang gemilang. Sesungguhnya agama adalah yang terpenting . Justeru faktor agama perlu diletakkan sebagai elemen nombor wahid di dalam memilih bakal teman hidup.

0 comments:

Post a Comment