Setiap insan akan merasa saat perpisahan terakhir. Dunia yang fana ini akan ditinggalkan. Akhirat adalah tempat tuju dan tempat tinggal yang kekal selamanya. Tidaklah kesenangan dan kenikmatan hidup di dunia ini melainkan tipu daya semata.Hari ini seorang lagi sahabat saya dijemput oleh Allah untuk menghadap-Nya. Safran bin Baki, pensyarah di Jabatan Sains dan Matematik, IPG Kampus Keningau telah menghembuskan nafasya yang terakhir pagi tadi. Ceritanya begini:
Lebih kurang jam Jam 9 10 pagi selepas menjawab soalan pelajar PISMP PSV berkenaan tasauf saya berborak dengan Ustaz Sobri di Jabatan. Tiba-tiba perut saya terasa sakit lantas saya turun ke tandas yang terletak di tingkat bawah. Semasa menuju ke tandas, En. Naim dengan keadaan panik memanggil saya untuk ke Jabatan Sains dan Matematik kerana Cikgu Safran sakit. Sakit perut saya telah hilang kerana terkejut dengan perkhabaran.
Saya bergegas ke Jabatan Sains dan mendapati Cikgu Safran terkulai di atas kerusinya . Ketika itu Ketua Jabatan , Encik Slyvister sahaja yang ada. Saya terus mendapati Cikgu Safran dan mengajarnya mengucap. Saya dapati Encik Safran sudah tidak boleh bertindak balas dengan saya. Air mengalir di kelopak matanya.
Selepas itu Pengarah, Encik Mazlan dan beberapa lagi pensyarah tiba. Kami mengusungnya untuk dibawa ke hospital. Dalam keadaan kelam kabut itu Encik Sekar telah menawarkan keretanya. Pada mulanya saya mahu ikut bersama tetapi terlebih dahulu Encik Ronald yang menaiki kereta bersama Encik Sekar. Saya mengekori kenderaan mereka dengan menaiki kereta Tuan Haji Ibrahim. Bersama saya En Naim dan Cik Borhan. Dalam kereta saya berkata kepada rakan bahawa kedaan En Safran lain macam.
Setibanya di hospital saya dimaklumkan bahawa En. Safran dalam kedaan kritikal. Selang beberapa minit salah seorang doktor yang mengendalikan En Safran telah memberitahu bahawa mengikut ilmu kedoktorannya En. Safran telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum tiba di hospital. Waktu tepatnya tidak dapat ditentukan. Tapi mengikut Encik Ronald beliau masih dapat merasa denyut nadi al marhum ketika perjalanan ke hospital, tetapi amat lemah. Mungkin beliau tiada semasa di pejabat ataupun dalam perjalanan ke hospital.
Setelah berbincang dengan rakan dan mendapat persetujuan isteri al marhum maka kami bersepakat menguruskan jenazah di hospital dan dikebumikan di Kampung Bayangan. Keluarga al marhum yang berada di Perak juga bersetuju supaya urusan jenazah disegerakan. Tak perlu menungggu ketibaan mereka.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bayangan kurang lebih jam 4.45 petang. Semoga Allah merahmati al marhum. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والتلج والبرد, ونقه من الذنوب والخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس
إنا لله وإنا إليه راجعون
Wednesday, February 9, 2011
Saat perpisahan terakhir
Labels:
Catatan semasa
17 comments:
al-fatihah.
Al-Fatihah
al-fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat Illahi...amin
INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI ROJI'UN
al-Fatihah
Al-Fatihah
Sy bekas pensyarah dan 'Supervisor thesis' beliau semasa di UKMS telah dimaklumkan oleh bekas pelajar sy jam 2.05 ptg via SMS. Semuga roh almarhum ditempatkan di sisi roh orang beriman.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin. al fatehah. Sampaikan takziah kepada keluarga beliau. Saya ex UKMS.
Salam.....Saya kawan Allahyarham masa di UKMS....Kepada keluarga Allahyarham banyak bersabar dengan pemergiannya..semoga tabah mengahadapinya...Azmi: Masa di UKMS Allahyarham aktive dengan aktiviti amal.....
Alfatehah, semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.
Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.
Rasa sedih atas pemergiannya, juga terkilan kerana tidak sempat bertemu dgnnya.. kali terakhir jumpa Allahyarham pd Mei 2010 d keningau. Slps itu banyak kali bertelefon tp tak berkesempatan nak jumpa, last Allahyarham call sekitar mid-januari, ingat nak jumpa, tp sya dah balik ukm. Semoga keluarganya, tabah meneruskan kehidupan tanpa Allahyarham d sisi...AL-FATEHAH......
al-fatihah..
inna lillahi wa inna ilaihi roji'un
Semoga rohnya dicucuri rahmat. al-fatihah.
Dewani Goloi- Rakan UKMS
Al Fatihah. Takziah kpd keluarga almarhum. Semoga kawan saya, Arni Norbin dan anak2 tabah menerima takdir ini.....
Takziah!
=( pemergian yg tidak disangka dan memilukan =(
al-fatihah...
...tiada lagi..kata yg mampu ..
hanya dapat berserah kepada-NYA..
askm n alfatihah. semoga roh arwah ditempatkan bersama org2 yg soleh.
( rakan sekampus_ MPSB 94/95 )
Post a Comment