"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, February 5, 2011

Halaqah Riyadhus solihin1(HARIS 1)

Tarikh:21 Jan. 2011

Tempat:Masjid IPG Kampus Keningau

Masa:selepas solat Subuh

Ikhlas niat dalam semua perbuatan dan perkataan samada dalam keadaan terang atau bersembunyi

قال الله تعالى " وما أمروا إلا ليعبدوا ا لله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة وذلك دين القيمة "

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian Itulah agama yang lurus.(al-bayyinah:5)

وعن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بن رياح بن عبد الله بن قرط بن رزاح بن عدي بن كعب بن لؤي بن غالب القرشي العدوي رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه متفق على صحته

Daripada Amiril Mukminin Abi Hafsin 'Umar ibn al-Katthab RA. katanya: Aku mendengar rasulallah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu mengahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang dimaksudkannya itu.

Niat ialah suatu qasad yang terbit daripada hati sanubari untuk mengerjakan sesuatu perkara. Niat terhasil apabila sesuatu yang diqasadkan itu disertakan dengan amal. Niat adalah amalan hati, bukannya perkataan yang dilafaz oleh lidah.

Kita kena bezakan antara niat dengan lafaz niat. Disebut di dalam riwayat bahawa nabi SAW apabila keluar untuk solat maka baginda bertakbir. Lafaz takbir “Allahu akbar”. Tiada riwayat yang mengatakan bahwa nabi SAW melafazkan “usalli” ataupun “nawaitu” ketika memulakan solat.

Nilai amalan sesorang dikira berdasarkan niat. Seseorang yang bangun jam tiga pagi untuk solat tahajjud. Ketika di dalam tandas tiba-tiba maut mendahuluinya. Matinya mulia insya Allah kerana beliau bangun untuk menyusikan diri dan beribadah pada waktu dinihari.

Seseorang yang maling kemudian belusir kerana dibubut oleh polis lalu bertapuk di masjid. Tiba-tiba dia mati dalam masjid. Orang ini sebenarnya seorang pencuri yang menggunakan masjid sebagai tempat bersembunyi daripada ditangkap polis. Allah SWT maha mengetahui niat dan isi hati seseorang.

0 comments:

Post a Comment