Tarikh:18 Mac 2011
Masa:930 pagi
13. Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", Kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.
14. Mereka Itulah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang Telah mereka kerjakan.
15. Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). mengandungnya sampai menyusunya selama tiga puluh bulan, sehingga apabila dia Telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah Aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang Telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya Aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepada Engkau dan Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang berserah diri".
[1388] Istiqamah ialah teguh pendirian dalam tauhid dan tetap beramal yang saleh.
Isi-isi kuliah
-Kalimah ربنا kita kita kata tuhan. أله tuhan jugak. Bahasa Melayu kita ni miskin tak leh nak terjemah Bahasa Quran dengan tepat. “Rabbuna”maknanya tuhan yang mengasuh kita. Allah SWT bukan setakat buat kita tapi dia jaga dan pelihara kita, dia didik kita semenjak awal mula lagi.
-Kita sebelum lahir ke dunia duduk dalam perut ibu. Bermulanya dengan pencantuman benih lelaki dengan perempuan. Benih lelaki yang namaya nutfah. Bilangannya bukan satu tapi berjuta. Kalau kita tengok dengan alat yang kita panggil gapo dia mikroskop ke yang diguna oleh doktor. Bentuknya macam anak berudu.
-Benih laki-laki tadi masa persetubuhan suami isteri maka dia berenang cari benih perempuan. Arab panggil بويضة . Bahasa kita pangggil sperma ko gapo dia. Jadi benih lelaki ni dia gigit benih perempuan tadi dalam satu tempat apa nama rahim ke. Rahim kita kata. Semua ni para hadirin sekelian Allah atur belaka.
-أن الذين قالوا ربنا الله ثم استقاموا
Sesungguhnya orang yang mengatakan tuhan kami Allah kemudian mereka istiqamah. Istiqamah ini maknaya komitmen, iltizam, buat sungguh-sungguh. Orang Melayu pun guna pakai perkataan istiqamah ini. Bukan setakat kata rabbunallah saja.
Rabbunallah ni kita kata اشهد أن لا إله إلا الله . Melayu kita terjemah aku naik saksi. Ambo sanggah terjemah lagu tu. Naik saksi nak naik gi mana? Kita terjemah aku sanggup bersaksi. Kemudian lepas kata lagu tu kita beristiqamah. tetap pendirian di atas kebenaran.
1 comments:
rindu mendengar kuliah tok guru...
Post a Comment