"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, March 4, 2011

Audit MS ISO IPG Kampus Keningau


Pada 3 dan 4 Mac 2011 diadakan audit MS ISO IPG Kampus Keningau. Skop audit mulai 01 Julai 2010 hingga 31 Disember 2010. Semua pensyarah dan staf sibuk menyediakan fail dan portfolio masing-masing. Yang tiada diadakan, yang belum siap disiapkan. Dokumen yang tidak lengkap dilengkapkan.

Pengauditan diketuai oleh Encik Azmi Ghaih dan dibantu oleh 26 auditer yang lain. Dapatan audit mendapati bahawa terdapat 4 NCR dan 1 OBS. Antara yang kena NCR ialah LAM PT 09, penyediaan pengajaran dan pembelajaran pensyarah.

Ini baru audit di dunia. Manusia dah berpeluh dan bertungkus lumus menyediakan bahan untuk diaudit. Ada yang mengorbankan masa tidur dan waktu rehat untuk mengelakkan tidak berlaku ketidakpatuhan dan ketidakakuran. Itu baru manusia dengan manusia.

Suka saya mengingatkan diri saya dan pembaca semua bahawa akhirat sana pun kita akan diaudit. Setiap orang akan terima portfolio masing-masimg. Bezanya ialah bahan-bahan audit itu dicatat sendiri oleh Malaikat yang jujur dan benar dalam mencatat. Kalau portfolio pensyarah boleh direka sampai ada yang mengajar pada musim cuti raya (dapatan audit-NCR).

Di akhirat sana kita akan terima portfolio masing-masing yang berupa catatan amalan kita yang telah diaudit. Skop pengauditan ialah bermula umur kita mukallaf sehingga tamat hidup sebagai hamba Allah di atas muka bumi.

Perhatikan ayat-ayat ini betapa hebatnya audit Allah kepada kita.

13. Dan tiap-tiap manusia itu Telah kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. dan kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah Kitab yang dijumpainya terbuka.14. "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu Ini sebagai penghisab terhadapmu".(al isra’)

49. Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, Kitab apakah Ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang Telah mereka kerjakan ada (tertulis). dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun".(al kahf)

Bagaimana? Sudah bersedia untuk diaudit akhirat?

7 comments:

Unknown said...[Balas]

salam ziarah..alhmdulilah..best postink ni..mengaitkan dgn rutin harian..selalunya ini antara method yg dpt menarik pembaca(mad`u)..mabruk ya ustaz..

Nur Alisyah said...[Balas]

Klu dunia pun utk diaudit tu payah sgt, apalg klu di akhirat kn ustaz? Seram jg bila fkir balik benda ni. :)

mohdrusli said...[Balas]

sebab itu di atas dunia kena buat pilihan bijak dan tepat supaya tidak sensara di akhirat.

musafir kehidupan said...[Balas]

Sangat mengesankan di hati... rasa malu sangat dengan Allah yang tahu segala-galanya..

SYUKRI ABDULLAH said...[Balas]

assalamualaikum....doakan kami ustaz, 15hb mac ni 1 jemaah dari keningau akan keluar buat usaha atas agama di PEDALAMAN PENSIANGAN...doakan kami yg baru belajar usahakan iman dan amal dalam diri masing2 dan ajak-mengajak saurdara muslim yg lain....

mohdrusli said...[Balas]

syukri:سيروا على بركة الله
Doakan juga untuk ustaz yang dhaif ini. Doa orang musafir mustajab, lebih-lebih lagi musafir kerana agama.

mohdrusli said...[Balas]

Cikgu Nursuhaila:terima kasih kerana bertandang. Semoga sama-sama saling ingat mengingat:

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3

Post a Comment