Tarikh:25 Feb. 2011
Tempat:Masjid IPG Kampus Keningau
Masa:selepas solat Subuh
Taqwa
قال الله تعالى " يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته " }آل عمران }
102. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.(ali Imran)
قال تعالى " فاتقوا الله ما استطعتم " التغابن
16. Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu .(at taghabun)
وقال تعالى " ومن يتق الله يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث لا يحتسب " الطلاق
2. barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar.3. Dan ِAllah memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.(at thalaq)
Tajuk kita pada hari ini ialah at taqwa. Kalimah Taqwa selalu didengari oleh setiap orang Islam. Antara rukun khutbah ialah berpesan supaya bertaqwa. Kaum lelaki yang datang ke masjid pada setiap hari Jumaat akan mendengar Khatib berkhutbah. Pesan Khatib "Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa".
Para jemaah yang tidak tidur semasa khutbah mesti dengar pesanan ini. Masalahnya ramai yang tidur. Khatib berkhutbah “Alhamdulillah…” Bukannya “Nak tidur tidurlaaah”. Persoalannya sejauh mana kita menghayati dan mengikuti saranan dan pesanan tadi? Apabila disebut perkataan taqwa apakah yang kita faham? Apa itu taqwa?
Al- Asfahani mendefinasikan taqwa sebagai menjaga diri daripada melakukan sesuatu yang mendatangkan dosa iaitu dengan meninggalkan sesuatu yang dilarang. Sahabat nabi, Ibnu Abbas mengatakan bahawa taqwa ialah berjaga-jaga terhadap Allah dan balasan-Nya.
Al Imam Jalaluddin dalam kitab tafsirnya "الدر المنثور في التفسير بالمأثور" menaqalkan kalam Ibnu Mas'ud ketika mentafsirkan firman Allah yang yang saya baca tadi mafhumnya "Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa", beliau antara lain mengatakan bahawa taqwa kepada Allah ialah Allah mesti ditaati bukan diderhakai, diingati bukan dilupai, disyukuri bukan dikufuri.
Satu ketika Amirul Mu'minin Umar bin Al-Khattab bertanya kepada Ubay bin Kaab tentang taqwa. Ubay membalas "Wahai Amiral Mu'minin, pernahkah tuan melalui jalan yang penuh dengan duri? Jawab Umar "Pernah". Ubay bertanya "Bagaimana tuan melaluinya? Jawab Umar "Saya akan menyinsingkan betis saya dan saya akan berhati-hati ketika melangkah supaya tidak terpijak duri". Maka jawab Ubay "Itulah taqwa".
Khalifah Islam ke empat, Ali bin Abi Talib RA apabila ditanya apa itu taqwa lantas beliau menjawab bahawa taqwa itu ialah takut kepada Allah yang maha agung, beramal dengan Quran yang diturun, redha dengan sedikit, bersiap sedia untuk pergi ke tempat manusia dibangkit.
عن أبي أمامة صدي بن عجلان الباهلي رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يخطب في حجة الوداع فقال اتقوا الله وصلوا خمسكم وصوموا شهركم وأدوا زكاة أموالكم وأطيعوا أمراءكم تدخلوا جنة ربكم رواه الترمذي في آخر كتاب الصلاة وقال حديث حسن صحيح
Daripada Ibni Ajlan al Bahily RA katanya aku dengar rasulallah SAW ketika berkhutbah dalam haji wada’ baginda bersabda “Bertaqwalah kamu kepada Allah, solatlah kamu lima waktu, berpuasalah kamu pada bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat harta kamu dam taatilah pemimpin kamu, nescaya kamu akan masuk ke dalam syurga tuhan kamu”.
3 comments:
Assalamualaikum wbt ustaz, nak tanya..
Ejaan Rasulallah dan Rasulullah, yang mana betul? Atau kedua-duanya boleh diguna pakai?
musafir kehidupan:Saya terbiasa terjemah ikut i'rab bahasa arab(sejenis grammar, nak tentu baris).Contoh:
قال رسول الله= bersabda rasulullah
أن رسول الل= sesungguhnya rasulallah
من رسول الله= daripada rasulillah
Ada i'rabnya marfuk, mansub, majrur, majzum. Nampaknya kena buka pengajian bahasa arab pulak selain riyadhus solihin.
Mengikut BM yang ada dalam kamus dewan ialah perkataan 'rasulullah' (m/s 1108 edisi 3)
Syukran ustaz~
"Nampaknya kena buka pengajian bahasa arab pulak selain riyadhus solihin." menunggu bila ia akan terjadi...Nak daftar.
Post a Comment