"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, November 22, 2009

Seruan Haji

Pemandangan di Kompleks Haji Kelana Jaya pada 17.11.2009


إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ (96) فِيهِ آَيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آَمِنًا وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ (97)

Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang terletak di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.

Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Sesiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (Tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.

Bersiap ke Arafah

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ (158)

Sesungguhnya Shafaa dan Marwa adalah sebahagian dari syi'ar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, Maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa'i antara keduanya. dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka Sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui.

Ustaz Khairul Bahri berpakaian ihram di Kelana Jaya

وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ (27) لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ (28) ثُمَّ لْيَقْضُوا تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ (29)

Memeriksa barang-barang keperluan

Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan menaiki unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh,

Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.

Kemudian, hendaklah mereka menghilangkan kotoran yang ada pada badan mereka dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka melakukan melakukan tawaf sekeliling rumah yang tua itu (Baitullah).

Check-in di Kelana Jaya

عن أبي هريرة؛ أن هريرة؛ أن النبي صلى الله عليه وسلم
قال ((العمرة إلى العمرة كفارة ما بينهما. والحج المبرور ليس له جزاء إلا الجنة)).

Daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW ersabdaa: Satu umrah dengan umrah amg lain adalah kaffarah di antara keduanya, dan haji mabrur itu tiada balasan layak baginya kecuali syurga.

Pengurusan di Airport,Jeddah

عن علي قال:
- قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "من ملك زادا وراحلة تبلغه إلى بيت الله ولم يحج فلا عليه أن يموت يهوديا أو نصرانيا وذلك الله يقول في كتابه: ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا".
قال أبو عيسى: هذا حديث غريب

Barangsiapa yang memiliki bekalan dan kemudahan yang boleh menyampaikan ia kepada Baitullah al-Haram, tetapi tidak menunaikan hajinya, maka tidaklah ia mati melainkan sebagai seorang Yahudi atau Nasrani. Yang demikian itu Allah berfirman : "Dan wajib ke atas manusia yang mampu untuk megerjakan haji"

(riwayat Tirmizi).- Hadis ini statusnya gharib.

Bermalam di Muzdalifah


Selamat mengerjakan ibadat haji 1430 kepada semua hujjaj. Semoga Allah kurniakan haji mabrur dan semoga selamat menyelesaikan ibadat haji dan selamat tiba di kampung halaman.
أمين


Jamaah haji di Muzdalifah

0 comments:

Post a Comment