"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, November 30, 2009

Gelaran Haji dan Hajjah


Seolah-olah telah menjadi satu keperluan dan kemestian seseorang yang balik daripada menunaikan haji akan diberi gelaran Haji bagi lelaki dan Hajjah bagi perempuan. Ada daripada mereka akan marah jika tidak dipanggil Haji atau Hajjah.

"Pak Cik mahu makan apa?.." Seorang pelayan bertanya.

"Apa? Panggil saya Tuan Haji Bakar" pintas Cikgu Bakar sambil menyinga.

"Saya ke Mekah menghabiskan beribu-ribu ringgit kamu senang-senang aje panggil saya" Tuan Haji Bakar menambah.

Ibadat haji merupakan salah satu daripada rukun Islam. Sabda Nabi SAW:

بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة وصوم رمضان وحج البيت

Islam terbina di atas lima rukun:mengucap syahadah, mendidirikan solat, berzakat, berpuasa Ramadhan dan menunaikan haji.

Di antara syarat wajib mengerjakan haji ialah berkemampuan. Sesiapa yang tidak mampu mengerjakannya maka ianya dimaafkan.

Berbalik kepada topik gelaran haji. Saya tidak mempelajari mana-mana hadis yang menggesa supaya orang yang mengerjakan haji dipanggil dengan panggilan "Haji". Di Negara Arab sendiri saya tidak mendapati ada Haji di permulaan nama mereka.

Golongan agamawan mereka tak adapun nama Haji . Panggilan Doktor (pHd) adalah. Contohnya Dr. Yusuf Qardhawi, Dr Wahbah Zuhaili, Dr Said Ramadhan al-Buthi dan lain-lain. Adakah mereka ini belum mengerjakan haji lagi dan tidak dipanggil Haji Yusuf Qardhawi atau bagimana?

Panggilan Haji atau Hajjah adalah adat dan budaya masyarakat kita. Pada pendapat saya bukanlah salah untuk menggunakan panggilan sedemikian kerana hadis tidak juga melarangya.

Ianya kembali kepada niat masing-masing. Kalu nak bagga dan megah dengan Haji atau Hajjah atau untuk menunjuk-nunjuk maka ianya sesuatu yang amat tidak baik. Lebih-lebih lagi memaksa orang memanggil kita Haji atau Hajjah.

Ibadat kita mesti kerana Allah. Solat, puasa, zakat, Haji adalah rukun utama. Orang yang mengerjakan solat tak dipanggil pun gelaran al-musolli(yang bersolat). Orang yang berpuasa tidak dinamakan as-saim(Yang berpuasa), al-muzakki tidak digelarkan kepada yang mengeluarkan zakat.

Kenapa tiba-tiba yang mengerjakan haji di panggil Al-Haj(Haji bagi panggilan Malayu)? Sedangkan masing-masing adalah rukun Islam.

0 comments:

Post a Comment