"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, November 30, 2009

Puasa dan Haji menuju taqwa

Puasa dan haji adalah dua rukun daripada rukun Islam yang lima. Hari raya puasa dan hari raya haji mengiringi ibadat yang agung ini. Jika diteliti, syariat puasa dan haji ini masing-masing menuju kepada satu matlamat besar iaitu melahirkan insan bertaqwa.

Dalam perintah berpuasa Allah SWT bagitahu:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu BERTAQWA.(al-baqarah)

Sementara ibadat haji pula firman Allah:

الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ

197. (Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, Maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah TAQWA dan bertaqwalah kepada-Ku Hai orang-orang yang berakal.(al-baqarah)

فاتقوا الله عباد الله في السر والعلن

0 comments:

Post a Comment