Opah kat kampong tak reti semua ni. Apa itu takhassus major apa itu minor apa itu BA dan apa itu MA. Cumanya ada juga orang-orang tua kat kampung kata kalau kelulusannya Bahasa Arab maka dia pandai semuanya.Boleh mengajar tafsir,boleh baca hadis, pandai hukum halal haram dan lain-lain.
Saya rasa tergelak juga apabila cerita ini diungkitkan. Sampai ada cabar mencabar salah menyalah. Yang terlibat bukan calang-calang orang. Boleh dikatakan orang ada nama dan ternama. Apa sebenarnya makhluk Allah namanya ijazah Bahasa Arab ini? Adakah ia bererti tidak islamik dan tak layak mengajar berkaitan Islam?
Para hadirin sekalian! Kalau nak tengok realiti kita di Malaysia ini ramai para ustaz ustazah tergolong daripada lulusan Bahasa Arab samada peringkat Sarjana Muda atawa yang lebih tinggi daripada itu. Lihat saja kat TV, baca kat paper, dengar radio. Para penceramah ramai terdiri daripada lulusan Bahasa Arab. Tak payah sebut nama kita dah tahu.
Tuan-tuan! Kerajaan Malaysia telah menghantar kurang lebih 800 pelajar ke Timur Tengah untuk mengaji jurusan Bahasa Arab(berbiasiswa) dan dikehendaki mengajar dengan Kementeian pendidikan dalam tempoh tertentu. Mereka diberi jawatan dikenali sebagai Guru Pendidikan Islam(GPI). Pelik juga. Belajar Arab tapi kena mengajar PI. Termasuk PI ialah Bahasa Arab.
Sebenarnya mempelajari Bahasa Arab dan menguasainya adalah prasyarat untuk menjadi alim dalam bidang agama. Para ulama mensyaratkan untuk menjadi mufassir mesti tahu selok belok Bahasa Arab. Nak jadi ulama tahap mujtahid mesti reti Bahasa Arab. Pendek kata Bahasa Arab adalah alat untuk menjadi ulama.
Pada pendapat saya, dalam konteks Malaysia. orang berkelulusan Bahasa Arab lebih tahu selok belok agama berbanding lulusan syariah. Maaf katalah. Bukan sebab saya juga berkelulusan major bahasa Arab Minor Syariah tapi memang begitu realitinya. Di sekolah ramai para lulusan Syariah tak berani nak mengajar Bahasa Arab tapi Orang Bahasa Arab boleh mengajar Syariah. Tak percaya tanya kawan saya.
Saya rasa isu kelulusan apa tak penting. Saya tak bangga sepuluh sen pun dengan lulusan Bahasa Arab mahupun syariah kalau kedua-duanya tak membawa kepada taqwallah. Ramai orang tidak berijazah tapi hatinya tak ada hasad dengki. Islamnya amat baik. Jaga hukum halal haram. Lebih baik tak memiliki apa-apa ijazah kalau memilikinya membuatkan kita bangga diri.
Teringat saya hadis Nabi SAW:
عن ابن عمر
- عن النبي صلى الله عليه وسلم، قال: من طلب العلم ليماري به السفهاء، أو ليباهي به العلماء، أو ليصرف وجوه الناس إليه، فهو في النارHadis ini isnadnya dhaif. Ada yang mengatakan hadis ini hasan. Sengaja saya tak bubuh baris dan bagi terjemah hadis ini. Orang berijazah Bahasa Arab boleh baca dan faham hadis ini. Yang lain macamana?
0 comments:
Post a Comment