"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, November 29, 2009

Idul Adha 1430 di Keningau


Sambutan idil adha pada tahun ini saya sambut di Keningau. Alhamdulillah, di Keningau pun sambutan amat meriah juga. Bilangan jemaah solat idil adha di Masjid Pekan Keningau lebih kurang lima kali ganda daripada bilangan jemaah jumaat. Tak apalah. Paling kurang mereka kenal dan tahu tempat ibadat mereka walaupun dua kali setahun!

Saya tidak solat idil adha di Masjid Pekan Keningau. Saya di Masjid IPGM Kampus Keningau bersama dengan warga institut yang tak pulang ke kampung dan juga masyarakat sekitar. Selepas mengimami solat dan berkthubah saya diwakilkan untuk menyembelih seekor lembu. Program kurban kali ini dijadikan sebagai program Bina Insan Guru (BIG) fasa 2 bagi pelatih KPLI j-QAF ambilan Januari 2009.

Program ziarah juga dihidupkan walaupun tidak semeriah idil fitri. Saya sekelurga sempat mengziarahi Ustaz Mohd. Zain, Encik Adnan,Mak Cik Insin, Cikgu Fadil, Tuan Haji Darus dan rumah Mertua Encik Hishamudin, YDP PAS Kawasan Keningau. Semoga jalinan ukhuwwah tetap terjalin.




Pada hari raya kedua dua ekor lembu selamat dikurbankan di Masjid Taqwa, Keningau. Kali ini isteri saya sahaja yang menyertai ibadat kurban. Semoga ibadat kurban ini diterima Allah sebagai amal soleh yang akan memberikan manfaat pada hari kemudian.

Selamat menyambut Hari Raya Kurban.



0 comments:

Post a Comment