"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, November 23, 2009

Berpuasa pada hari arafah

عن أبي قتادة؛ قال:
- قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: صيام يوم عرفة، إني أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والتي بعده

Daripda Abi Qatadah katanya: sabda Nabi SAW "Berpuasa pada hari arafah (9 Zulhijjah) bahawa aku berkira bahawa Allah akan mengampunkan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya.

Kita sekarang berada dalam bulan zulhijjah dan masih berada dalam sepuluh hari pertama dalam bulan ini. Rasulullah SAW menggalakkan kita supaya memperbanyakkan amalan pada hari-hari tersebut.

عن ابن عباس قال:
قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "ما من أيامٍ العمل الصالح فيها أحبُّ إلى اللّه من هذه الأيام" يعني أيام العشر

Daripda Ibni Abbas sabda Nabi Saw:"Tiadalah amalan yang lebih disukai oleh Allah selain daripada hari-hari dalam 10 zulhijjah.

Pada 9 zulhijjah mereka yang tidak menunaikan haji disunatkan berpuasa pada hari tersebut. Kelebihannya ialah Allah ampunkan dosa selama setahun sebelum dan selepasnya. Sayugia diingat bahawa dosa yang diampunkan ialah dosa kecil. Dosa besar perlu dibersihkan dengan taubat nasuha.

0 comments:

Post a Comment