"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, October 21, 2009

Cinta dunia takut mati

عن ثوبان قال
قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "يوشك الأمم أن تداعى عليكم كما تداعى الأكلة إلى قصعتها" فقال قائل: ومن قِلّةٍ نحن يومئذٍ؟ قال: "بل أنتم يومئذٍ كثيرٌ، ولكنكم غثاءٌ كغثاء السيل، ولينزعنَّ اللّه من صدور عدوكم المهابة منكم، وليقذفنَّ اللّه في قلوبكم الوهن" فقال قائل: يارسول اللّه، وما الوهن؟ قال: حبُّ الدنيا وكراهية الموت

Daripada Thauban Rasulullah bersabda, “Hampir-hampir orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas talam.” Seseorang berkata, “Apakah kerana sedikitnya kami waktu itu?” Baginda bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air bah. Dan ALLAH mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta mencampakkan di dalam hatimu penyakit wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.”

Saya baca dalam satu laporan bahawa jumlah umat Islam di seluruh dunia sekarang ialah 1.57 bilion dengan nisbah satu orang Islam bagi setiap empat penduduk dunia. Satu jumlah yang amat banyak berbanding agama lain.

Namun apa yang dikesali ialah walaupun kita boleh di anggap menang dari segi kuantiti tapi kita kalah dari segi kualiti. Umum menyedari bahawa uamat Islam di kebanyakan negara berada dalam situasi yang tidak boleh di banggakan.

Lihat sahaja di Asia Barat. Negara-negara Arab mengelilingi Israel di segenap penjuru tapi Israel yang bilangannya sedikit dapat berdiri dengan sombongnya. Kata seorang teman kalaulah setiap orang Islam di Negara Arab bersatu membaling batu ke arah Israel nescaya Israel akan tenggelam.

Realitinya umat Islam tidak saling bantu membantu bahkan bertelingkah antara satu sama lain. Semangat perkauman masih menebal. Penyakit tamak haloba menguasai umat. Hasad dengki dan dendam kesumat dan sebutlah semua penyakit hati yang melanda umat Islam sekarang.

Maka kita tidak boleh bangga dengan ramainya bilangan kita. Kita mahu manusia seperti sahabat dalam Badar. Bilangan kecil dapat mengalahkan yang bnyak. Mereka adalah manusia yang cintakan akhirat dan mencari syahid di medan jihad.

Apa sebab umat Islam sekarang diperkotak katikkan oleh musuh Islam? Mengapa umat Islam tidak menang? Hadis di atas menerangkannya. Kita diserang penyakit al-wahn – cinta dunia dan takut mati.

2 comments:

SYUKRI ABDULLAH said...[Balas]

memang benar sabdaan Nabi saw....

SYUKRI ABDULLAH said...[Balas]

Pengajaran dari 3 peperangan:
1.peperangan Badar =umat islam satu hati = menang
2.peperangan Uhud =ada kepetingan(x 1 hati) = kalah
3.peperangan Hunain =yakin jumlah&bil. ramai boleh menang(yakin salah) = Kalah

wallahu a'lam

Post a Comment