عن أبي أيوب الأنصاري رضي الله عنه ؛ أنه حدثه ؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال
من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر
Daripada Abi Ayyub al-Ansari RA bahawa beliau menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari pada bulan Syawal maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa".من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر
Berpuasa enam hari pada bulan Syawal hukumnya sunnah muakkadah di sisi jumhur ulama. Di dalam menunaikan puasa ini para ulama telah membincangkannya dengan panjang lebar. Ringkasnya:
1.boleh dilakukan bermula dari dua syawal berturut-turut selama enam hari.
2.dilakukan pada mana-mana hari pada bulan Syawal selama enam hari, samada berturut-turut atau tidak.
3.bagi yang ada qadha puasa bolehkah dia melakukan qadha serentak dengan puasa sunat(dua dalam satu)? Ulama khilaf . Yang afdhal ialah dilakukan secara berasingan, iaitu qadha dahulu kemudian jika berkesempatan lakukan puasa enam hari dalam bulan Syawal.
4.bolehkah puasa sunat dalam bulan Syawal sebelum puasa qadha? Boleh, tetapi yang lebih utama qadha dahulu kerana puasa qadha adalah wajib manakala puasa enam adalah sunat. Ada riwayat yang mengatakan bahawa Aisyah ada berpuasa sunat Syawal sebelum melakukan qadha puasa.-Wallahu a'lam.
Hikmah puasa enam hari dalam bulan Syawal
Menurut Ibnu Rejab Hanbali, puasa enam hari dalam bulan Syawal mempunyai hikmah, antaranya:
1.boleh menampung ketidaksempurnaan puasa Ramadhan sepertimana solat sunat rawatib menampung ketidaksempurnaan solat fardhu.
2.sebagai tanda bersyukur di atas nikmat dan anugerah Allah kepada kita.
3.tanda dan alamat bahawa amalan puasa Ramadhan kita diterima Allah.
4.menunjukkan bahawa amalan ibadat kita berterusan, bukan bermusim.
0 comments:
Post a Comment