"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, October 16, 2009

Kesempurnaan saf solat

Halaqah Riyadhus solihin

عن جابر بن سمرة السوائي؛ قال
- قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ((ألا تصفون كما تصف الملائكة عند ربها؟)) قال، قلنا: وكيف تصف الملائكة عند ربها؟ قال: يتمون الصفوف الأول، ويتراصون في الصف))

Daripada Jabir bin Samurah katanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Tidakkah kamu berbaris sebagaimana saf para malaikat di sisi Tuhan-Nya?” Kami bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimanakah saf mereka di depan Tuhan?” Jawab Nabi: “Menyempurnakan barisan pertama dan rapat benar dalam barisan.” (Riwayat Muslim)

عن أبي هريرة رضي الله عنه
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لو يعلم الناس ما في النداء والصف الأول، ثم لم يجدوا إلا أن يستهموا عليه لاستهموا

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Abu Hurairah: Andaikata manusia mengetahui apa yang ada di dalam panggilan azan dan memenuhi saf paling depan, kemudian mereka tidak berjaya mendapatkannya (saf paling depan itu) kecuali jika mereka berlumba untuk mendapatkannya, pasti mereka akan berlumba. (Riwayat Bukhari).

Setiap kali apabila solat jamaah hendak didirikan tuan imam akan member arahan supaya memenuhkan saf dan merapatkannya. "Penuhkan saf,rapat-rapatkan saf. Saf yang sempurna adalah daripada kesempurnaan solat". Kata imam sebelum memulakan solat.

Ironinya para makmum yang mendengar arahan tersebut hanya sekadar mendengarnya. Tiada tindakan diambil. Saf masih tidak sempurna, tidak rapat dan bengkang bengkok . Ada sebilangan ahli jamaah yang tidak selesa jika ada rakan di sebelah yang merapatkan kedudukan dengannya.
Hadis di atas mengajar kita supaya menyempurnakan saf dengan merapatkannya. Sepatutnya kita yang hadir berjemaah mestilah memenuhi seruan ini supaya kita mendapat pahala jamaah yang dijanjikan.

Kesempurnaan saf solat adalah lambang perpaduan umat. Dalam hadis yang lain Nabi SAW menyatakan jika saf kita tidak sempurana maka hati kita umat Islam tidak akan bersatu. Justeru marilah sama-sama kita mengambil berat persoalan saf di dalam solat ini.

0 comments:

Post a Comment