"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, October 24, 2009

Jamuan Hari Raya & Hari Keluarga

Jamuan Hari Raya & Hari Keluarga Padang Bongor

Syukur kepada Allah kerana saya berkesempatan juga meraikan Syawal bersama ibu dan penduduk kampung kelahiran saya, Padang Bongor walaupun tanpa anak-anak dan isteri yang berada di Sabah.

Jamuan Hari Raya dan Hari Keluarga telah diadakan dengan jayanya pada 17.10.09 lepas. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna, menganyam ketupat, melaungkan azan, membuka rehal ajaib, tazkirah dan pertunjukan silat.

Adalah diharapkan program ini dapat merapatkan dan memperkukuhkan lagi hubungan sesama umat Islam di Kampung Padang Bongor ini.


Kanak-kanak menerima duit raya

YB Kak Ani menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang

YB Kak Ubaidah menyampaikan ucapan

Pertunjukan seni mempertahankan diri

Demo menganyam ketupat

Hakim azan

Pemenang bersama hadiah

Orang ramai menjamu selera

Tazkirah: salah satu aturcara program

Antara makanan yang disediakan

Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak

0 comments:

Post a Comment