"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, October 9, 2009

Iktibar dan pengajaran di sebalik bencana

"Dua maut dalam Taufan Melor", "Kanak-kanak merintih -"tolong saya", "Kepulauan Pasifik gempa lagi". Ini adalah beberapa tajuk di Utusan Online hari ini, berita-berita mengenai bencana yang menimpa manusia.

Dalam seminggu ini, bencana atau musibah yang menimpa manusia menjadi topik hangat dibicarakan di akhbar-akhbar, internet, radio, TV dan sebagainya. Ia juga menarik minat para pengguna jaringan Facebook untuk dikongsi bersama.

Berbincang topik di atas, sekurang-kurangnya ada dua jenis pola pemikiran manusia mengenai bala bencana ini, yang pertama ialah mereka menyatakan hal ini berlaku kerana faktor alam dan cuaca dunia manakala yang kedua berpendirian bahawa ini adalah bala daripada Allah sebagai pengajaran dan peringatan kepada manusia.

Dr Akmal Khuzairy, pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) hari ini di dalam khutbah Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah juga menyebut tentang topik ini. Beliau antara lain menjelaskan bahawa kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran di sebalik bencana ini. Di antaranya ialah:

1.Allah maha berkuasa untuk melakukan sesuatu ke atas makhluk. Semua yang berlaku sudah termaktub di dalam ilmu Allah. Firman Allah:

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(al-hadid:22)

2.Musibah yang menimpa manusia adalah sebahagian daripada bentuk ujian Allah ke atas hamba-Nya. Firman Allah:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(al-baqarah:155).

3.Berlaku kerosakan dan kefasadan oleh kerana perbuatan manusia itu sendiri. Firman Allah:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusi, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).(ar-rum:41).

4.Mengajar manusia supaya hidup tolong menolong antara satu sama lain. Hendaklah kita membantu saudara kita yang ditimpa bencana dan musibah ini.

5 comments:

etuza said...[Balas]

salam..top three blog tuan pensyarah kat bolg etuza masa ini, biasanya yang up date dan muncul kat atas link saya, cepat2 saya baca.. alhamdulillah, paparan yang menyeru & menuju kepada iman dan taqwa. kalau sudi ada paparan raya kat sekolah saya.kongsikan kalau sudi dan ada tazkirah pilihan secara ringkas ja.

mohdrusli said...[Balas]

Cepat jua tuan komen. Anyway, TQ very much

etuza said...[Balas]

asalamualaikum...apa khabar tuan.Saya nak minta komen sikitpun tak apa dalam sembang, apakah ada kebenaran dalam catatan saya tentang wajah catatan baru saya tu. Sya akan padam jika ada yang tak setuju..biarpun yang tak setuju itu hanya seorang. Orang macam tuan sesuai beri komen,biar sepatahpun x pa.

SYUKRI ABDULLAH said...[Balas]

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya.

Ustaz ada dpt SMS tu? Komen ustaz?...

Anonymous said...[Balas]

SYUKRI:

KAHERAH 9 Okt. - Imam besar Mesir, Mohammed Sayyed Tantawi berkata, para pelajar dan guru-guru tidak lagi dibenarkan memakai purdah di dalam kelas dan asrama institusi pengajian Islam terulung, al-Azhar sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani amalan radikal dalam Islam.(laporan lengkap dlm blog ana http://syukri-abdullah.blogspot.com / http://ziarah76.blogspot.com)

komen ustaz..?

p/s:sedihnya hati ini dan agak terkilan jg..

Post a Comment