"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, October 31, 2009

Riba

Bahaya Riba Dalam Urusan Kewangan
( Artikel ini diterbitakn di Harian Metro Ahad 21 Mei 2006) :
Oleh :Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
RHB Islamic Bank Berhad

Alhamdulillah, minggu lepas kita telah dapat mengenali dengan ringkas Riba al-Duyun yang muncul dari kontrak hutang. Perlu di fahami bahawa dalam konteks semasa, riba jenis Duyun ini amat banyak berlaku terutamanya dalam industri perbankan dan kewangan.

Pada minggu ini, penulisan ini akan mendedahkan pula jenis Riba yang kedua, ia juga tidak kurang banyaknya berlaku dalam masyarkat Malaysia.

• Riba al-Buyu’ (Muncul dari Jual Beli Barangan Ribawi) : (Rujuk Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada’I As-Sonai’ , Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu’asiroh, Dr Sulaiman Al-Asyqar, 2/592 )

Keterangannya : Iaitu ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran dua item ribawi atau pertukarannya di buat secara tangguh. Ia pula terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu :-

a. Riba An-Nasak : Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item Ribawi yang SAMA JENIS secara tangguh (tidak disempurnakan dalam satu masa).
Contohnya :-
i- 5 gram emas di jual dengan harga RM200; atau RM3,800 dijual dengan harga USD1,000 secara tangguh
ii. 10 kg beras dijual dengan 15 kg gandum secara tangguh;
Riba akan muncul apabila transaksi di atas berlaku secara tangguh. Dalam konteks semasa, Riba akan berlaku apabila wanita masa kini membeli emas secara tangguh.
Ia adalah termasuk di dalam Riba An-Nasak.

b. Riba al-Fadhl : Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item Ribawi yang SAMA JENIS dengan berbeza kadar berat (jika dijual secara timbang) atau kuantitinya (jika dijual secara bilangan kuantiti).
Contohnya :

i – Menukar 5 gram emas (jenis 916 ) dengan 6 gram emas (jenis kualiti 750) : HARAM kerana sepatutnya kedua-duanya 5 gram.
ii. Menukar atau menjual 10 gram Beras Basmathi dengan bayarannya 15 gram beras jenis A1 : HARAM kerana kedua-duanya sepatutnya 10 gram.
Dalam kedua-dua contoh di atas, terdapat 2 syarat yang wajib di penuhi agar terhindar dari Riba Al-Fadhl dan An-Nasak, iaitu : Pertama : Mesti sama beratnya (walaupun berbeza kualiti dan nilainya). Kedua : Transaksi pertukaran itu mestilah di lakukan dalam satu masa atau satu majlis ( ertinya, kedua-dua penjual dan pembeli tidak boleh berpisah sebelum menyerahkan item masing-masing)

0 comments:

Post a Comment