"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, October 21, 2009

Berjihad di atas katil

Berjihad di atas katil? Macamana tu? Bolehkah berjihad di atas katil. Biasanya orang berjihad di medan perang bertarung nyawa melawan musuh samada mendapat kemenangan ataupun gugur sebagai syahid.

Berjihad di atas atas katil ialah salah satu jihad kita pada zaman sekarang. Jihad ini ialah jihad secara senyap tanpa menggunakan senjata perang yang canggih namun kesannya amat besar kepada musuh Allah.

Yang dimaksudkan dengan berjihad di atas katil ialah usaha melahirkan zuriat umat Nabi SAW seramai yang mungkin. Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari menukilkan hadis Nabi SAW:

عن بن عمر بلفظ تناكحوا تكاثروا فإني أباهي بكم الأمم

Daripada Ibn Umar dengan lafaz- Bernikah kahwinlah dan berkembang biaklah, sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya umat.

Di antara yang menjadi perhatian musuh Islam sekarang ialah bertambahnya bilangan umat Islam terutama di sebelah Eropah. Dikatakan mereka sedang berusaha menyekat pertambahan ini dengan pelbagai cara antaranya ialah idea merancang keluaraga.

Fikrah merancang keluarga atau dalam Bahasa Arabتحديد النسل telah dicanangkan dengan hujah ianya membawa pelbagai faedah, untuk kesihatan, untuk keseimbangan ekonomi dan macam-macam lagi kelebihan yang direka cipta.

Allah sebut dalam Quran mafhumnya:

Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.(al- isra':31)

Oleh itu, ayuh saudaraku kita peramaikan umat ini. Yang belum kahwin dan sudah layak untuk kahwin maka kahwinlah. Ramaikan bilangan umat islam di atas dunia ini dengan seramai yang mungkin. Yang tak ada apa-apa masalah untuk beranak ramai janganlah guna perancang keluarga.

Di samping kuantiti umat yang ramai kita juga perlu berjihad untuk melahirkan umat yang berkualiti.Umat yang berkualiti lahir daripada keluarga yang berkualiti. Keluarga berkualiti lahir daripada syaksiah yang berkualiti. Selamat berjihad!

0 comments:

Post a Comment