"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, September 27, 2009

Idul Fitri 1430H di Keningau(siri 3)


29 Ramadhan 1430

Orang ramai memenuhi pasaraya sekitar Keningau untuk membeli barang-barang keperluan. Antara pasaraya yang menjadi tumpuan ialah Hiap Lee, Rakyat Super Store, Servay.
Berhemah ketika membeli. Jangan boros dan membazir. Membeli mengikut keperluan dan kemampuan. Islam mengajar kesederhanaan dalam semua hal.




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ بِآَخِذِيهِ إِلَّا أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Al-Baqarah:267. Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.



وَآَتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا (26) إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
26. Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu membelanjakan (hartamu) secara boros.
27. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.(al-isra')



وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَى عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَحْسُورًا
al-isra':29. Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya karena itu kamu menjadi tercela dan menyesal.
( jangan kamu terlalu kikir, dan jangan pula terlalu pemurah)

5 comments:

Unknown said...[Balas]

salam ziarah..saya selalu membaca tiap catatan ustaz..nampak sentiasa up date dan info terkini. teruskan perjuangan berdakwa di laman maya. jemput pula ke teratak etuza. Biasa ja..kalau ada ilmu pun yg biasa biasa saja..salam

Unknown said...[Balas]

taip etuza search di google atau http://www.ezawarna-warnakehidupan.etuza.blogspot.com

Unknown said...[Balas]

Bahagian motivasi ustaz tentang merokok..pelik tapi logik..saya dapat info luar biasa dari biasa biasa tau! lucu juga tapi ada kebenarannya.

mohdrusli said...[Balas]

Alhamdulillah. Semoga jalinan ukhuwwah terbina di atas redha Allah.Sudah saya ziarah teratak tuan. Tahniah.Macam pernah lihat rupanya. Di mana ya?

SYUKRI ABDULLAH said...[Balas]

salam ustaz...maaf sebab x dpt ziarah d rmh ustz beraya di sana..apa-apapun selamat hari raya..

p/s: da dpt upload video ke blog

Post a Comment