"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, September 28, 2009

Idul Fitri 1430H di Keningau(siri 4)

Para amil zakat sedang bertugas

Hari-hari terakhir Ramadhan

عن ابن عباس؛ قال:
- فرض رسول الله صلى الله عليه وسلم زكاة الفطر طهرة للصائم من اللغو والرفث. وطمعة للمساكين. فمن أداها قبل الصلاة، فهي زكاة مقبولة. ومن أداها بعد الصلاة، فهي صدقة من الصدقات.

Daripda Ibni Abbas, katanya: Rasulullah SAW memfardhukan zakat fitrah sebagai penyuci orang berpuasaa daripada perkataan lara dan perbuatan sia-sia serta menjadi makanan orang-orang miskin. Barangsiapa yang mengeluarkan zakat sebelum solat hari raya maka ia akan diterima sebagai zakat, dan barang siapa yang mengeluarkannya selepas solat maka ia adalah sedekah biasa.

Umat Islam menunaikan zakat fitrah. Alhamdulillah, apa yang saya perhatikan bahawa kesedaran untuk membayar zakat fitrah dalam kalangan masyarakat di sini amat tinggi. Kaunter zakat di Masjid Pekan Keningau tidak putus-putus dengan muslimin-muslimat yang datang dari pelbagai arah dan penjuru. Macam-macam ragam dapat saya perhatikan. Perempuan yang datang dengan pakaian mencolok mata, yang bawa beras,garam, berbagai jenis kuih-muih dan minuman, yang bawa dan bakar lilin pun ada semasa upacara tunai zakat.

Tentang bakar lilin tadi saya buat sedikit komentar dalam kuliah tujuh minit selepas subuh. Alhamdulillah, selepas saya bagitahu tak ada lagi yang bakar lilin. Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Amil zakat kepada saya. Ada yang menarik lagi ialah salah seorang amil zakat cerita kepada saya ada orang bayar zakat untuk kembarnya seekor buaya. Ya! Buaya. Subhanallah, macam-macam ada.

29 Ramadhan 1430

Hari terakhir Ramadhan (mungkin).Saya mengimami solat isya' jam 7.24 malam. Pengumuman tarikh satu Syawal belum ada lagi. Boleh saja bagi kami untuk solat tarawih sehingga thsabit anak bulan Syawal. Walaubagaimanapun saya katakan kepada para jemaah kita tunggu pengumuman dibuat. Sambil itu saya buat sedikit pengisian ilmu berkenaan adab-adab menyambut Idal Fitri.

Jam 8.10 malam baru pengumuman hari raya di buat. Saya rasa kerajaan sepatutnya meraikan kami di Sabah ini yang waktu Magrib dan Isya'nya awal sejam dari Semenanjung. Apa salahnya selepas Maghrib di Semenanjung terus umum tarikh awal Syawal. Barulah satu Malaysia, Rakyat didahulukan. Sabah Malaysia jugak bah. Sejurus selepas pengumuman kami rakyat Keningau bertakbir beramai-ramai diketuai oleh Ustaz Haji Mokhtar Zainuddin

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.



Para jamaah bertakbir sejurus selepas pengumuman hari raya dibuat

2 comments:

etuza said...[Balas]

Masyaallah betula ka tu ustaz kembar buaya..sya lama berfikir..ni. Rupanya macam-macam budaya dibuat time bayar zakat di Keningau..hai! kalau tak membaca alamat sampai bila2pun x tau ni..pasal buaya ..amacam tu, but tak mustahilkan Wallahualam..

mohdrusli said...[Balas]

Itu yang amil zakat cerita kat saya.Saya tak komen banyak cuma saya kata kalau ia kena bayar zakat maknanya ia muslim, kena puasa, solat haji dll jugalah.

Post a Comment