"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, September 19, 2009

Ihya' Ramadhan di Serambi Mekah

YB Ustaz Muhammad Mustaffa sedang menyampaikan tazkirah

Pemandangan di dalam khemah

Khemah tempat sedekah juadah berbuka



Negeri Kelantan Darul Naim memang terkenal dengan jolokan negeri 'Serambi Mekah' dalam kalangan penduduk kita. Budaya dan cara hidup masyarakat Kelantan dari dulu sehingga sekarang cukup signifikan dengan amalan cara hidup yang dikehendaki Islam. Kelantan terkenal dengan ramai tokoh agamawan yang dikenali di nusantara. Sekolah-sekolah agama banyak di Kelantan samada pengajian pondok atau moden.

Para petugas berbaju hijau


Sambutan Ramadhan di Negeri Serambi Mekah ini amat unik sekali. Sabun tahun acara keagamaan ini mendapat sambutan dan liputan meluas dari dalam dan luar negeri. Lihat sahaja di laman-laman web dan blog di internet. Orang memperkatakan tentangnya. Kemeriahan berpuasa dan berterawih mampu menarik perhatian ramai termasuk yang bukan Islam.

Suasana selepas solat terawih


Bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV sekali lagi dipilih sebagai tempat perasmian ihya' Ramadhan di Serambi Mekah pada tahun ini. Tempat ini juga dipanggil sebagai Qaryah Ramadhan. Khemah berhawa dingin yang mampu menampung lebih seribu jemaah didirikan. Di sinilah aktiviti ihya' Ramadhan diadakan.

Minuman disediakan untuk membasah tekak


Antara aktiviti yang dijalankan ialah qiamullail, bersahur berama-ramai, berbuka, berterawih, tazkirah, forum dan ceramah agama. Imam solat terawih ialah imam jemputan dari Mesir. Selepas empat rakaat para jemaah berpeluang mendengar tazkirah agama yang disampaikan oleh kebanyakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dan para ustaz jemputan.

Para jemaah di dalam khemah


Ini satu kelainan Kelantan dengan negeri-negeri lain. Pemimpin boleh bertazkirah dan membaca Quran dengan lancar. Saya sempat juga bertarawih di Qaryah Ramadhan ini selama 2 malam. Tazkirah pada malam itu diisi oleh YB Ust. Muhammad Mustaffa dan YB Dr. Fadli Hasan, mantan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mendengar tazkirah selepas 4 rakaat solat tarawih


Adalah diharapkan aktiviti keagamaan yang baik seperti ini menjadi contoh dan ikutan kepada kerajaan negeri-negeri lain di Malaysia. Sesungguhnya menjadi tanggungjawab penguasa dan pemerintah untuk mendidik rakyat mengenal Allah. Didoakan agar negeri Serambi Mekah dan yang lain mendapat barakah, inayah, hidayah daripada Allah.



0 comments:

Post a Comment