Sama seperti tahun lepas, saya menyambut idal fitri pada tahun ini bersama isteri dan anak-anak di keningau. Saya pulang ke Keningau dari UIA pada 10.09.09M, bersamaan 20 Ramadhan 1430H. Kalau ikutkan hati memang nak beraya di kampumg halaman di Kelantan tetapi memandangkan kewangan saya tangguhkan dulu.Tiket Kuala Lumpur – Kota Kinabalu pergi balik untuk saya seorang sahaja tetapi kalau Kota Kinabalu – Kuala Lumpur – Kota Bharu pergi balik kena empat orang. Tiket percuma setahun sekali atas nama isteri saya sudah digunakan pada cuti pertengahan tahun.
Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana dapat berhari raya bersama masyarakat Keningau disamping dapat berkongsi ilmu bersama mereka.Saya mengambil alih tugas sebagai imam tarawih pada malam ke 22 daripada Ustaz Hazik. Alhamdulillah, imam bertugas tarawih sebelum saya tetap membaca satu juz satu malam walaupun dengan melihat mashaf. Amalan ini saya mulakan pada 2005M dahulu, sebelum saya cuti belajar pada 2007M. Amalan selawat beramai-ramai di antara rakaat tarawih juga tiada lagi.
Saya dan kami para ustaz di Keningau ini cuba sedaya upaya kami untuk mendidik dan membawa masyarakat kepada amalan yang lebih mendekati sunnah. Banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki dalam kalangan masyarakat di sini. Takpa, pelan-pelan bah. Tapi antara yang selalu saya sebut dan masih lagi perlu disebut ialah ramai dalam kalangan yang datang tarawih hanya datang untuk solat terawih sahaja, tidak solat Isya'.
Saya menjadi imam dari malam ke 22 hingga malam 29. Alhamdulillah, doa khatam quran dapat dibaca pada malam yang ke 29. Semoga Allah SWT kurniakan kepada kami rahmat yang luas, kesihatan berpanjangan, iman dan amal yang ikhlas dan yang terpenting yang dipinta ialah selamat daripada api neraka dan berjaya memasuki syurga. Amin!
2 comments:
asalamualaikum ustaz..salam raya & salam ziarah..apa khabar? nampaknya kita dipertemukan di alam maya.laman blog yang indah..teruskan perjuangan dengan paparan ilmu utuk bacaan umum..jemputlah ke teratak maya etuza di alamat http://www.ezawarna-warnakehidupan.etruza.blogspot.com.
salam ustaz sedih juga baca paparan ustaz ni..semoga ustaz mendapat limpahan rezeki berupa kekuatan iman berdakwah, umur dan kesihatan agar tabah berjuang.Ameen insyaAllah..
Post a Comment