Zakat fitrah wajib dikelurkan bagi setiap muslim lelaki perempuan, hamba sahaya mahupun merdeka. Sunat mengeluarkannya pada pagi raya sebelum menunaikan solat idil fitri.
2.Mengucapkan tahniah sesama muslim
Antara lafaznya ialah "taqabballallahu minna waminkum".
3.Berpakaian cantik dan berwangian bagi lelaki
Pakaian cantik tak semestinya mahal dan baru. Sunat kita memakai pakaian terbaik yang kita ada. Zaman sekarang pasal pakaian cantik dan baharu tidak menjadi masalah lagi. Perlu diingatkan janganlah sampai melampaui batas dengan berlebihan membeli dan menempah pakaian baharu berwarna warni.
Berwangian sunat bagi kaum lelaki, haram bagi perempuan. Kata Nabi SAW:
عن أبي موسى الأشعري عن النبي صلى الله عليه وسلم قال أيما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية وكل عين زانية
Daripada Abi Musa al as'ari daripada Nabi SAW katanya "Mana-mana perempuan yang berwangi-wangian kemudian ia berjalan di antara lelaki untuk di hidu baunya maka ia adalah zina dan setiap mata yang memandangnya juga zina.
4.Mandi sunat
Sunat mandi sebelum keluar pergi ke tempat solat diadakan.
5.Makan sedikit
Di antara yang mengjadi sunnah pada hari raya idil fitri ialah memakan sedikit makanan(tamar) sebelum menunaikan solat hari raya.
6.Pergi dan pulang dari tempat solat dengan melalui jalan yang berlainan.
Di antara hikmahnya ialah dapat menyapa seramai mungkin kaum muslimin dan untuk menunjukkan ramainya kaum muslimin.
7.Mengziarahi orang hidup daripada kalangan muslimin
0 comments:
Post a Comment