"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, September 30, 2009

Apa selepas Ramadhan?

Khutbah Jumaat
Tempat:Masjid Pekan Keningau
Tarikh:25.9.09
Khatib:Ust Mohd Rusli Ismail

Isi khutbah:

Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah yang telah menganegerahkan kita kemenangan dalam menjalani ibadat puasa selama sebulan. Pada hari ini sudah enam hari Ramadhan meninggalkan kita. Kita masih lagi dalam suasana kemeriahan menyambut Syawal. Masih lagi ada program ziarah mengziarahi, kunjung mengunjungi, jamuan hari raya yang dapat mengeratkan lagi hubungan silatur rahim sesama kita. Amalan ini amat digalakkan dalam Islam. Kata Nabi SAW:

((يا أيها الناس! أفشوا السلام، وأطعموا الطعام، وصلوا الأرحام، وصلوا بالليل والناس نيام، تدخلوا الجنة بسلام)).

Wahai manusia! Sebarkan salam, berikan makanan, sambungkan rahim, dirikan solat malam, kamu akan masuk syurga dengan selamat.
Boleh kita bergembira pada hari raya asalkan kegembiraan itu tidak melalaikan kita daripada mengingati Allah dan juga kegembiraan itu bukan dengan membuat noda maksiat kepda Allah. Satu ketika pada hari raya Aisyah RA mendengar dua orang wanita menyayikan lagi arab di rumah Rasulillah SAW. Abu Bakar telah melarang Aisyah berbuat demikian lalu baginda Nabi bersabda:

دع هما فإن لكل قوم عيدا وهذا عيدنا

Biarkanlah mereka, Sesungguhnya setiap kaum ada hari raya dan hari ini adalah hari raya kita. Inilah keindahan Islam yang meraikan sifat fitrah manusia yang inginkan kepada hiburan.
Mari kita muhasabah kembali amalan puasa yang kita lakukan selama sebulan. Objektif puasa ialah supaya kita bertaqwa. Taqwa kita bukan sahaja pada bulan Ramadhan. Kata Nabi SAW kepada Abi Zar:

تق الله حيثما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن

Bertaqwalah kamu kepada Allah pada setiap saat dan ketika, ikutilah kejahatan dengan kebaikan yang akan membersihkannya, dan bergaullah bersama manusia dengan akhlak yang baik.
Ada orang yang mentaati Allah hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Mereka boleh berpuasa,solat, baca quran, bersedekah pada bulan Ramadhan tetapi selepas Ramadhan tiada lagi. Lebih mendukacitakan ialah mereka tidak melakukan amalan fardhu solat lima waktu.
Para salafus soleh ada mengatakan:

بئس القوم, قوم لا يعرفون الله إلا في رمضان, كن ربانيا ولا تكن رمضانيا, فمن كان يعبد رمضان فإن رمضان قد فات, ومن كان يعبد الله فإن الله حي لا يموت

Sejelek-jelek kaum ialah mereka yang tidak mengenali Allah kecuali pada bulan Ramadhan. Jadilah kamu hamba yang menyembah Allah, bukan hamba kepada Ramadhan. Sesiapa yang menyembah Ramadhan sesungguhnya Ramadhan telah berlalu dan sesiapa yang menyembah Allah sesungguhnya Allah tetap hidup selamanya.

Allah tuhan kita yang memiliki Ramadhan juga tuhan yang memiliki Syawal, Zulqaedah, zulhijjah dan lain-lain bulan. Amalan ibadat kita mesti diteruskan walaupun selepas Ramadhan.
Hadis sohih muttafaq alaihi Daripada Aisyah RA kata Nabi SAW:

أحب الأعمال إلى الله أدومها وإن قل

Amalan yang paling disukai Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit. Janganlah kita lupa terus untuk beribadat kepada Allah. Teruskanlah beramal soleh sehingga kita dijemput oleh Allah.

واعبد ربك حتى يأتيك اليقين

Sembahlah tuhanmu sehingga mati datang kepadamu.

Suka saya memperingati para jamaah sekelian agar jangan lupa untuk berpuasa selama enam hari pada bula Syawal. Hadis sohih riwayat Muslim kata Nabi SAW:

"من صام رمضان. ثم أتبعه ستا من شوال. كان كصيام الدهر"

Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang masa.

Boleh kita mula berpuasa selepas satu Syawal iaitu pada dua Syawal. Boleh juga kita puasa pada mana-mana hari selama enam hari pada bulan Syawal samada nak ditunaikan terus menerus tanpa henti, selang seli ataupun lainya. Yang penting puasa selama enam hari itu ditunaikan pada bulan Syawal.

1 comments:

Anonymous said...[Balas]

Salam ustaz..
mohon izin beberapa isi dari artikel ini ana ada ambil untuk isi khutbah jumaat tadi.

syukran
-ustaz membakut asal keningau-

Post a Comment