"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, December 11, 2011

Menawan Puncak Bukit Keluang


Bukit Keluang adalah salah sebuah tempat yang menarik untuk dikunjungi. Ianya terletak di Kuala Besut, berdekatan dengan Institut Perguruan Guru Kampus Sultan Mizan, Terengganu. Pada hari Jumaat, 9 Disember yang lepas Muhammad telah berpeluang ke sana. Berikut ialah catatan perjalanan Muhammad.

Jumaat, 9 Disember. Selepas solat Jumaat, Muhammad dan keluarga bersiap untuk berangkat. Oleh kerana ramai ahli yang akan ikut serta dalam lawatan ini maka abah telah mengambil kereta tambahan di Kutan Hilir. Kami bertolak dari Kutan selepas solat Asar.

Muhammad sampai di Kaki Bukit Keluang pada waktu hampir masuk waktu maghrib. Peserta lain yang sampai awal sudah mahu pulang ke tempat penginapan. Ayah Man sekeluarga , Ayah Ju sekeluarga, Pakcik Hadi sekeluarga telah sampai sebelum itu. Muhammad terlepas peluang untuk bermain kerana waktu maghrib telah masuk.

Kami menginap di Kem Seri Keluang. Ayah Ju dan ayah Man mengendalikan program untuk MPP pelatih IKBN Bachok yang diadakan di sini. Kami semua hanya datang untuk cuti-cuti saja. Tiga buah chalet digunakan. Opah dan nenek duduk di chalet VIP. Muhammad panggil emak abah sebagai opah manakala nenek adalah emak kepada emak opah (moyang Muhammad). Satu khemah juga telah di pasang berhadapan chalet VIP.


Sabtu, 10 Dsember. Seusai abah mengimami solat Subuh bersama pelatih IKBM, Muhammad dan beberapa orang terus bersiap untuk Ekspedisi Menawan Puncak Bukit Keluang. Selain Muhammad ialan Kakak Hafizah, Kakak Husna, Kakak Hamidah, makcik Yah, Farhan, pakcik Hadi, Adam, Ikhwan dan Ali. Kami mula mendaki waktu tanah belum cerah lagi.

Belum sampai separuh jalan, Muhammad rasa letih dan gatal-gatal sebab digigit nyamuk. Abah kasihan tengok Muhammad. Abah terpaksa membatalkan hasrat untuk ke puncak bukit. Abah bawa Muhammad turun semula. Kak Hamidah pun dah tak larat. Dia juga turun bersama. Yang lain meneruskan perjalanan.

Belum separuh jalan, Muhammad sudah kepenatan

Abah bagitahu bahawa abah pernah naik ke puncak Bukit Keluang pada 1993, 19 tahun yang lalu. Pada masa itu abah ikut program BTN untuk bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hari ini abah gagal naik untuk kali kedua. Padan muka abah!

Sambil menunggu peserta lain turun dari puncak bukit, Muhammad berpeluang bemain air di muara laut. Tahun lepas Muhamamd ada juga ikut aktiviti keluarga di pantai dekat Bachok tapi waktu tu Muhammad masih di dukungan abah. Muhammad rasa seronok sebab dapat main air dan pasir.

seronok main air di atas pasir

Abah dapat panggilan telefon Makcik Yah bagitahu bahawa rombongan berjaya di Puncak Bukit Keluang pada pukul 745 pagi. Muhammad rasa tentu kak Hafizah, Husna dan sepupu-sepupu Muhammad yang lain rasa seronok. Rasa rugi pula Muhammad tak teruskan perjalanan. Abah kata ta apalah. Lagipun Muhammad kecil lagi. Tak dapat hari ini bukan bermakna tak dapat selamanya.

Kak Hafizah dengan Kak Ngah bersama Makcik Yah

Selepas turun dari puncak bukit, Pakcik Hadi bagi karkuzari kepada kami. Dia kata Husna paling cergas berada di atas bukit. Pemandangan dari atas puncak bukit yang ditawan amat menawan. Sungguh cantik alam ciptaan tuhan. Pakci Hadi kata rugi Muhammad tak ikut.

Seungguhnya perjalanan kali ini amat bermakna dalam kehidupan Muhammad yang baru nak kenal dunia. Disamping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, Muhammad juga dapat melihat keindahan alam ciptaan tuhan. Seperti biasa abah selalu bagi pengajaran dan tazkirah di sepanjang perjalanan. Tazkirah abah tentang laut pun sudah ada. Bolehlah abang-abang, kakak-kakak dan lain-lain membacanya di sini. Sila KLIK

Link

Sekian.

2 comments:

Anonymous said...[Balas]

:) bagus.

musafir kehidupan said...[Balas]

Kagum dengan muhammad. Rajin-rajin menulis selalu ya muhammad..=)

Post a Comment