"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, December 19, 2011

Rukun Islam

Hadis 40: Hadis ke 3

عن أبي عـبد الرحمن عبد الله بن عـمر بـن الخطاب رضي الله عـنهما ، قـال :

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسـلم يقـول :( بـني الإسـلام على خـمـس :

شـهـادة أن لا إلـه إلا الله وأن محمد رسول الله ، وإقامة الصلاة ، وإيـتـاء

الـزكـاة ، وحـج البيت ، وصـوم رمضان ) رواه البخاري [ رقم : 8 ] ومسلم [ رقم : 16 ].

Daripada Abi Abdirrahman, Abdillah bin Umar bin al Khattab RA, katanya: Aku dengar rasulallah SAW bersabda “ Islam terbina di atas lima perkara, bersaksi bahawa tiada tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan puasa Ramadan.

Hadis ini menerangkan kepada kita tentang rukun Islam. Perbincangan tentangnya telah dijelaskan dalam hadis Jibril yang lalu. Kalau kita perhati antara hadis ini dengan hadis yang lepas kita dapati sedikit perbezan dari segi urutan rukun Islam ini.

Dalam hadis yang lepas didahului dengan puasa kemudian haji manakali hadis ini didahului dengan haji kemudian puasa. Tertib susunan ini sebebenarnya tertib dari segi sebutan saja, bukan tertib amalan seperti rukun solat dan wudhu.

Sebab itu dalam ujian kalau pelajar kita sebut rukun Islam sebanyak lima perkara dengan betul maka maka kita kena bagi dia markah walaupaun tidak ikut turutan seperti dalam buku teks. Ada satu ustaz di sebuah sekolah dekat sini yang tak bagi markah kepada pelajar sebab tulis rukun Islam tak ikut turutan padahal pelajar jawab betul.

Rukun Islam merupakan tiang seri dalam agama. Setiap orang Islam mesti mengamalkannya. Mengingkari salah satu daripadanya menyebabkan kita terkeluar daripada Islam. Ianya merupakan ibadat kita kepada yang maha pencipta.

Perbincangan tentang rukun Islam ini sudah banyak kita bincang dalam bab-bab lain berkaitan solat, puasa, zakat dan haji. Jadi kita berhenti setakat ini dan inya Allah kita sambung kepada hadis yang seterusnya. Wallahu a’lam bis sowab.

0 comments:

Post a Comment