"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, December 23, 2011

Nuzhah Usratiyyah



Pada 22 dan 23 Disember 2011, satu program “nuzhah usratiyyah” telah diadakan bertempat di Sri Pantai Resort, Melawi. Program ini telah disertai oleh ahli-ahli usrah di bawah bimbingan Ustazah Wan Rohani dengan kerjasama ahli Keluarga R & R.

santai-santai(BBQ dan surah al-mulk& kira bintang

Lebih kurang 35 orang telah mengikuti program ini yang merupakan program tahunan kendalian JK Keluarga R & R. Turut serta dalam nuzhah ini ialah para pendidik PASTI Zawahir, Kampung Kutan Hilir.

Menurut pengarah program, Cik Fadhilah Ismail, Aktiviti-aktiviti yang dirancang di dalam nuzhah ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama ahli di samping mewujudkan kesefahaman fikrah dalam kalangan peserta.

solat berjamaah menjadi keutamaan program

Program bermula dengan ucapan aluan Ustazah Wan Rohani yang disampaikan sepanjang perjalanan di dalam kenderaan dan diakhiri dengan upacara bertukar-tukar hadiah. Aktiviti lain ialah qiamullail, memasak, memanjat dan lain-lain.

Acara memanjat

Antara yang menarik di dalam nuzhah ini ialah pertandingan membina istana pasir yang mana peserta dikehendaki menggunakan daya kreativiti dan pemikiran kritis bagi membina istana pasir dengan menggunakan bahan-bahan buangan di persisiran pantai.

Satu tazkirah subuh juga telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Rusli Ismail. Antara kandungan tazkirahnya ialah beliau menegaskan peri pentingnya para remaja menghiasi diri dengan sifat yang mulia. Beliau juga menyeru agar semua ahli dapat menjadikan masjid sebagai tempat yang paling disukai untuk dituju tanpa ada perasaan jemu.

Program ini memberikan pengalaman dan pengajaran yang berguna kepada semua ahli yang menyertainya. Menurut salah seorang peserta, Wan Izzudin, beliau begitu teruja untuk mengikuti program sebegini dan berharap dapat menyertai lagi pada masa akan datang.

mengira bintang (foto ihsan Puan Mastina)

0 comments:

Post a Comment