"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, November 16, 2011

Bernikah Pada 1 Muharram

Kepada yang mahu melangsungkan perkahwinan pada 1 Muharram 1433 saya ucapkan selamat pengantin baru. بارك الله لك وبارك عليك وجعل بينكما في خير . Saya tak temui apa-apa hadis berkenaan dengan fadhilat akad nikah pada 1 Muharram ini.

Saya baru sahaja mendapat panggilan telefon bertanyakan tentang jimak pada malam Muharram sebab ada seorang juru nikah bagitahu bahawa boleh akad nikah pada 1 Muharram tapi tak boleh jimak pada malamnya. katanya ada hadis daripada sahih Muslim.

Ini satu lagi fatwa pelik yang saya baru dengar. Amat malang perkara ini keluar daripada orang yang dikatakan alim dalam bidang agama, lebih-lebih lagi hal nikah kahwin. Saya cuba cari hadis riwayat muslim berkenaan haramnya jimak isteri pada malam 1 Muharam sebagaimana yang didakwa namun gagal.

Setakat saya belajar fekah, harus bagi suami mendatangi isterinya pada bila-bila masa kecuali ketika ihram haji atawa umrah, ketika puasa, isteri dalam keadaan haid atawa nifas.

Dalilnya

( الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلا رَفَثَ وَلا فُسُوقَ وَلا جِدَالَ فِي الْحَجّ(

(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, Maka tidak boleh rafats(sesuatu yang memberahikan ataupun jimak), berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji.(Al baqarah:197)

( وَيَسْأَلونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذىً فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ(

Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. apabila mereka suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.(al baqarah:222)

1 comments:

Anonymous said...[Balas]

Assalamualaikum Ustaz
Ada orang tanya tentang isteri ketiga nabi Ibrahim Qeturah, dalam internet banyak cerita tentang ini. Dikatakannya keturunan Qeturah lahirnya bangsa Melayu. Betul ke isteri Nabi Ibrahim ada tiga? kebiasaan dengar ada dua Siti Sara dan Siti Hajar, t kasih- m rozman

Post a Comment