"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, November 5, 2011

Haji Akbar Tiba Lagi




And an announcement from Allah and His Messenger, to the people (assembled) on the day of the Great Pilgrimage,- that Allah and His Messenger dissolve (treaty) obligations with the Pagans. If then, ye repent, it were best for you; but if ye turn away, know ye that ye cannot frustrate Allah. And proclaim a grievous penalty to those who reject Faith.


Syukur ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan kita sekali lagi dengan salah satu hari yang besar dalam Islam, Haji Akbar.

Berkenaan haji Akbar ini ulama berbeza pendapat tentangnya. Al imam as- Syafie mengatakan haji akbar ialah hari arafah, sebagaimana riwayat daripada Umar, Uthman, Ibnu Abbas, Thawus dan Mujahid. Pendapat ini juga dipegang oleh Al Imam Abu Hanifah.

Menerima pandangan Al Imam as Syafie dan Abu Hanifah maka hari ini ialah hari yang disebut sebagai hari “Haji Akbar”. Salah satu amalan yan disunatkan untuk kita lakukan pada hari ini ialah puasa. sabda nabi SAW:

عن أبي قتادة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صوم يوم عرفة فقال : " يكفر السنة الماضية والسنة القابلة " رواه مسلم .

Daripada Abi Qatadah RA bahawa nabi SAW ditanya tentang berpuasa pada hari arafah maka baginda menjawab “Akan diampun dosa setahun yang lepas dan setahun akan datang”. Riwayat Muslim.

“Selamat Menyambut Haji Akbar”


0 comments:

Post a Comment