"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Thursday, February 10, 2011

Halaqah Riyadhus solihin 2(HARIS 2)

Tarikh:28 Jan. 2011

Tempat:Masjid IPG Kampus Keningau

Masa:selepas solat Subuh

Taubat

Kata ulama taubat itu wajib bagi setiap orang yang melakukan dosa. Sekiranya dosa dan maksiat itu di antara hamba dan Allah SWT, tidak ada hubungkait dengan manusia maka ada tiga syarat taubat iaitu yang pertama berhenti daripada maksiat, kedua menyesal di atas perbuatan maksiat dan yang ketiga berazam tidak akan kembali melakukan maksiat.

Jika dosa dan maksiat itu bersangkutan dengan manusia lain maka perlu ditambah satu syarat selain daripada tiga syarat di atas iaiutu hendaklah si pelaku dosa meminta dihalalkan (minta maaf) kesalahan yang dia lakukan ke atas saudaranya itu.

قال الله تعالى " وتوبوا إلى الله جميعا أيها المؤمنون لعلكم تفلحون " النور

dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(an-nur:31)

قال تعالى " استغفروا ربكم ثم توبوا إليه " هود

mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, (Hud:52)

قال تعالى " يا أيها الذين آمنوا توبوا إلى الله توبة نصوحا " التحريم

Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). (at-tahrim:8)

Taubat nasuha ialah taubat yang bersungguh-sungguh, bukan main-main seperti taubat daripada memakan sambal pedas. Seseorang apabila dihidangkan sambal kesukaannya dia akan makan. Apabila selesai makan dia berkata “Pedasnya sambal ini, taubat aku tak makan lagi selepas ini”. Namun apabila dihidangkan lagi dia pasti akan makan lagi. Ini taubat main-main.

Taubat yang sebenar dia pasti tak akan mengulangi lagi perbuatan itu. Saya pernah dengar bekas mufti negeri Kelantan buat analogi taubat nasuha ini seperti taubat seorang yang terjerlus kakinya ke dalam lubang tahi. Dulu tandas kampung terletak di belakang rumah berbentuk lubang yang diletak di atasnya dua kayu untuk berpijak.

Ada seorang hamba pada malam hari nak ke tandas. Dalam keadaan tergesa-gesa dia memijakkan kakinya di atas kayu pemijak untuk qadha hajat. Tiba-tiba praaap! Kayu pemijak tadi patah dan kakinya terus jerlus masuk dalam lubang tahi yang penuh dengan tahi. Dia pun berkata “Taubat aku tak pergi lagi ke tandas tadi”.

وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول والله إني لأستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة رواه البخاري

Dan daripada Abi Hurairah RA katanya “Aku dengar rasulallah SAW bersabda: Demi Allah! Sesungguhnya aku beristirgfar dan bertaubat kepada Allah lebih daripada tujuh puluh kali sehari”- Al-Bukhari.

2 comments:

musafir kehidupan said...[Balas]

Salam, ustaz..
mengenai taubat yang melibatkan orang lain itu, jika orang tersebut tidak ingin memaafkan, bagaimana ustaz?

mohdrusli said...[Balas]

Sepatutnya orang tersebut memaafkan.Jika dia tak maafkan maka terserah kepada Allah. Allah tetap maha pengampun. Dia mesti tetap bertaubat dan juga memohon kemaafan dan pengampunan untuk orang yang dianayai itu.

Post a Comment