"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, November 19, 2010

Pulang ke kampung


Alhamdulillah, semasa entri ini dicatat saya dan keluarga berada di KLIA selepas terbang dari Kota Kinabalu dengan pesawat MH2663 pada pukul 10.50 pagi tadi. Perjalanan kali ini ditambah dengan seorang ahhli baharu, Muhammad.




Sekarang kami sedang menunggu penerbangan ke Kota Bharu dengan pesawat MH1402 yang dijadualkan akan berlepas jam 6.25 petang nanti.Tiada apa-apa masalah berat yang kami lalui, cuma Hamidah yang muntah-muntah dalam kapal terbang tadi. Mudah-mudahan kami akan sampai ke destinasi dengan selamat.




عن عبد اللّه بن عمر رضي اللّه عنهما أن رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم : ( كَانَ إِذَا استَوَى عَلى بَعِيرِهِ خَارِجاً إِلَى سَفَرٍ كبَّر ثلاثاً ثم قال : " سُبْحانَ الَّذي سَخَّرَ لَنا هَذَا وَما كُنَّا لَهُ مُقْرِنينَ ، وَإِنَّا إلى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ . اللَّهُمَّ إنَّا نَسألُكَ فِي سفَرِنَا هَذَا البِرَّ وَالتَّقْوَى ، وَمِنْ العَمَلِ ما تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوّْن عَلَيْنا سَفَرَنَا هَذَا ، وَاطْوِ عَنّا بُعْدَهُ . اللَّهُمَّ أنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ ، وَالخَلِيفَةُ في الأهْلِ . اللَّهُمَّ إني أعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثاءِ السَّفَرِ ، وكآبَةِ المَنْظَرِ ، وَسُوءِ المُنْقَلَبِ في المَالِ والأهْلِ . وإذا رَجع قالهنّ وزاد فيهنّ : آيِبُونَ ، تائبُونَ ، عابدُونَ ، لرَبِّنَا حامِدُون )



Daripada Abdillah bin Umar RA bahawa rasalallah SAW apabila menunggang kenderaannya keluar untuk musafir baginda bertakbir tiga kali kemudian berkata: “Maha Suci Tuhan yang mengurniakan kepada kami kenderaan ini yang kami tidak sekali-kali mampu mengendalikannya ( jika tidak dengan pertolongan dan izin-Mu)”.




Wahai Tuhan kami,sesungguhnya kami memohon darimu segala kebaikan dan ketaqwaan dalam perjalanan kami ini,dan segala amalan-amalan yang Engkau redhai,Wahai Tuhan kami,permudahkanlah perjalanan ini dan dekatkanlah tempat yang jauh tersebut,Wahai Tuhan kami,engkaulah penjaga dan penolong dalam perjalanan dan tempat kami menyerahkan urusan keluarga kami.




Wahai Tuhan kami,kami mohon perlindungan-Mu dari kesusahan dalam perjalanan ini,kegelisahan diri dan kesudahan yang buruk pada harta,ahli dan anak. Apabila pulang semula ke rumah, baginda membaca semula doa musafir di atas dan ditambah :

{آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ لرَبِّنَا حَامِدُون}

Bermaksud: “ Kami kembali dengan selamat, memohon taubat dari-Mu, akur sebagai hamba-Mu dan kepada-Mu sahaja kami mengucapkan kesyukuran.

3 comments:

Zaman Al-Kelantani said...[Balas]

semoga selamat sampai ke kg ustaz...sy xtau pun ust nk blik kg...tak sempat nk jumpa...apa pun sy nk minta maaf sekiranya ada salah dan silap selama sy menjadi murid ust..sy juga mewakili kwn2 kpli meminta ampun & maaf ats segala kesilapan dan khilaf yg ada...semoga jumpa lg..شكرا كثيرا

Ust Salehhudin said...[Balas]

Salam yaa ustaz... sunyi sepi keningau musim cuti ni. kengkawan ustaz2 hampir semua balik semenanjung. semoga di sana ust & keluarga sihat wal 'afiat serta dpt kembali ke sabah nnt dgn keadaan yg sama. Semoga jg tidak kena hujan atau banjir... Ada entri baru, saya sentiasa tidak sungkan berpamit di blog ust. salah silap mohon dimaafkan ya ust. berjumpa lg di awal tahun 2011... insyaAllah

shamain said...[Balas]

Salam ustaz, selamat sampai ke kg, dan selamat kembali ke Keningau nanti, nampak gayanya kulih kitapun bercuti, semoga berbahagia bersama keluarga di kg..InsyaAllah kita jumpa lagi tahun depan...

Post a Comment