"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, February 28, 2010

Program Bina Insan Guru siri 1 2010

Pada 22 hingga 25 Februari 2010, saya terlibat dengan Program Kem Bina Insan Guru (BIG) siri 1 2010 IPGM Kampus Keningau. Program yang dijalankan di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) IPGM Kampus Keningau ini melibatkan sebanyak 122 orang pelatih, terdiri daripada pelajar KPLI ambilan Jan. 2010 dan PISMP.

Program BIG adalah salah satu komponen mata pelajaran Bina Insan Guru yang wajib diikuti oleh pelajar.Ianya merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Kem Komanden yang bertugas untuk BIG kali ini ialah Tuan Ismail Thani manakala ketua jurulatih ialah Tuan Abdul Halim Hashim. Saya bertugas sebagai penolong jurulatih bahagian rohani/moral dan menjadi fasilitator kumpulan 6 yang dinamakan sebagai "Kumpulan Rajawali".

Tazkirah adalah aktiviti bahagian rohani/moral yang terkandung di dalam pakej BIG yang memperuntukkan enam slot. Setiap slot mempunyai dua aktiviti utama iaitu solat dan tazkirah atau perbincangan.

Aktiviti lain yang perlu diikuti pelajar ialah ujian-ujian psikologi, LDK, kembara , aktiviti di air, Malaysia cergas dan lain-lain. Kesemua aktiviti yang dijalankan mempunyai tujuan dan objektifnya yang tersendiri.

Menurut Kem Komandan, para peserta dapat mencapai objektif yang diharapkan dengan tahap yang amat memberangsangkan. Semua peserta lulus dalam BIG kali ini seperti kata-kata simbolik sebelum memulakan kembara, Pergi…. Dan tak kembali lagi.


13. Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.(al hujurat)





42. Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, Pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa Sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.(at taubah)



4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun (saf)



rkrkrkrkrkr.. rajawali..... kami bah tuuu.. aduuuuuuhh...nah qann. abis sudah




0 comments:

Post a Comment