"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, February 6, 2010

Berani dalam perjuangan

Saya menyeru kepada diri saya dan sahabat seperjuangan agar sama-sama mengikhlaskan diri hanya kerana Allah semata-mata.


قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ

Di hadapan kita hanya ada dua pilihan sahaja ……..samada kita berjuang di jalan Allah atau kita berjuang di jalan taghut-syaitan.


وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

Telah menjadi sunnatullah bahawa orang yang membawa panji-panji kebenaran akan sentiasa berhadapan dengan musuh yang mengibar bendera kebatilan. Pertembungan antara hak dan batil akan sentiasa berlaku dan Allah akan memenangkan mereka yang menegakkan kebenaran.


وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Orang mukmin dan mukminah sentiasa tolong menolong di dalam amar makruf nahi mungkar.


وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Di sana juga ada munafiq dan munafiqah yang juga berkerjasama di dalam kerja amar munkar nahi makruf .


الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Sesungguhnya kerja-kerja Islam tidak menjanjikan kesenangan material di dunia ini.Ia tidaklah dibentangkan dengan permaidani merah atau ditaburkan dengan bunga-bunga. Jalan ini adalah jalan yang penuh ranjau dan liku.


لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَاتَّبَعُوكَ وَلَكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنْفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ


Assyahid Hassan al-Banna di dalam bukunya, بين الأمس واليوم berkata:

“ Sesungguhnya dakwah kamu ini masih belum dikenali oleh kebanyakan manusia. Dan di hari mereka dikenali dan diketahui tujuan serta matlamat perjuangan , kamu akan menerima tentangan yang paling hebat, permusuhan yang keras dan kamu akan berhadapan dengan kesusahan dan rintangan yang amat banyak, Dan di masa itulah kamu barulah mulai menjalani jalan-jalan para pendakwah.

Sekarang, kamu masih belum dikenali, kamu masih dalam peringkat merintis jalan dakwah serta masih dalam peringkat membuat persediaan untuk berjuang dan berjihad.

Kejahilan rakyat adalah menjadi batu penghalang yang besar di hadapan kamu Dan kamu akan jumpa di kalangan ahli agama Islam dan ulamak rasmi yang merasa pelik cara kamu memahami Islam serta mereka akan menafikan perjuangan kamu untuk membela ugama Islam. Dan kamu akan dapati seluruh pemimpin negara, ketua masyarakat dan mereka yang mempunyai kekuasaan dalam negara akan dengki dan memarahi kamu.

Dan seluruh kerajaan di dunia waktu itu akan bangun menentang secara bersama dan setiap kerajaan akan menghalang keaktifan dan aktiviti-aktiviti kamu serta meletakkan batu penghalang di jalan-jalan kamu……mereka akan meminta bantuan dan kerjasama daripada kerajaan yang lemah dan orang yang tidak berakhlak mulia untuk menentang kamu. Dan semua mereka itu akan menimbulkan keraguan, kesamaran, kekeliruan dan tuduhan liar terhadap dakwah kamu.

Mereka akan meletakkan segala kelemahan dan kekurangan di atas dakwah kamu serta berusaha untuk mewujudkan/menjelaskan bahawa buruknya dakwah kamu kepada masyarakat umum dengan menggunakan kekuatan dan kekuasaan serta harta dan pengaruh mereka".

Hanya orang Yang Berani sahaja ….Layak Mendokong Perjuangan Islam!

0 comments:

Post a Comment