Dari dulu sampai sekarang ada saja perdebatan hangat mengenai hukum menyambut perayaan maulid nabi. Ada yang mengatakan bid'ah sesat lagi menyesatkan dan ada yang mengatakan ianya harus bahkan digalakkan dalam Islam.
Menelusi sejarah nabi dan para sahabat, memang tidak ada riwayat mengatakan bahawa nabi merayakan hari kelahiran baginda begitu juga para sahabat.Kalau kita baca kitab-kitab sejarah yang besar kita dapati tarikh kelahiran nabi tidak disepakati oleh ulama.
Ini menunjukkan bahawa umat terdahulu tidak mengambil kisah sangat untuk meraikan hari kelahiran nabi. Jikalah tarikh hari kelahiran nabi menjadi kemestian untuk dirayakan maka sudah tentu ada kesepakatan dikalangan ulama.
Mengikut Syeikh Yusof Qaradhawi menyambut hari kelahiran nabi Muhammad SAW bukanlah satu bid'ah yang sesat.Ianya kembali kepada asas dan tujuan perayaan itu disambut. Jika untuk menunjukkan rasa kesyukuran kepada Allah di atas nikmat yang diberikan maka ia adalah dituntut.
Firman Allah:
يا أيها الذين آمنوا اذكروا نعمة الله عليكم إذ جاءتكم جنود فأرسلنا عليهم ريحاً وجنوداً لم تروها وكان الله بما تعملون بصيرًا، إذ جاءوكم من فوقكم ومن أسفل منكم وإذ زاغت الأبصار وبلغت القلوب الحناجر وتظنون بالله الظنونا
يا أيها الذين آمنوا اذكروا نعمة الله عليكم إذ هم قوم أن يبسطوا إليكم أيديهم فكف أيدهم عنكم واتقوا الله وعلى الله فليتوكل المؤمنون
Firman-Nya lagi:
يا أيها الذين آمنوا اذكروا نعمة الله عليكم إذ هم قوم أن يبسطوا إليكم أيديهم فكف أيدهم عنكم واتقوا الله وعلى الله فليتوكل المؤمنون
Mengingati nikmat adalah dituntut. Bergembira kerana rahmat dan kelebihan yang Allah beri juga digalakkan. Antara rahmat Allah kepada kita ialah kelahiran Nabi SAW.
قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ
0 comments:
Post a Comment