"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, February 14, 2010

Mercun berdentum lagi


Hari ini Masyarakat Cina merayakan Sambutan Tahun Baharu Cina. Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada yang menyambutnya. Macam biasa kejiranan saya di Taman Juta yang berbangsa Cina menyambutnya dengan penuh kemeriahan dan warna-warni.

Di antara yang menjadi kebiasaan ialah main mercun dan bunga api. Semalam kami "disajikan" dengan kerlipan bunga api dan diselang seli dengan dentuman mercun yang menggaggu tidur kami.

Anak-anak saya bebrapa kali terjaga daripada tidur kerana terkejut dengan bunyi bising mercun. Saya sendiri pun hanya dapat tahan telinga saja tak boleh buat apa-apa. Namapaknya beginilah yang kami akan rasai setiap tahun baru Cina dirai.

Hari ini pula kami dapat melihat pertunjukan tarian singa dengan percuma di rumah kejiranan kami orang Cina. Kanak-kanak berlari keseronokan melihat kumpulan orang menunjukkan persembahan.

Apapun budaya dan adat resam orang tak boleh dicerca apatah lagi dihina. Kita meraikan kepelbagaian selagi tidak membatalkan air sembahyang!

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

108. Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, Kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan(al-an'am)

1 comments:

Unknown said...[Balas]

Asalamualaikum ustaz.
Hai ustaz, apa nak buat 1 Malaysia berbagai kaum. Apapun kita utamakan perpaduan. Tak pa lah ustaz, kita semua kuatkan keimanan pinta Allah agar jiwa kita aman dan tenang.Tahniah ustaz kerana kata2 khutbah meresap dalam sanubariku. InsyaAlah.

Post a Comment