"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, December 20, 2009

Ziarah kubur


Nabi SAW mengziarahi kubur kerana dua sebab, pertama untuk mengingati dan menginsafi diri tentang kematian dan yang kedua untuk mendoakan kepada simati. Ziarah kubur hukumnya sunat pada bila-bila masa.

Tidak ada nas sahih daripada nabi SAW amalan membaca quran di atas kubur. Al-Quran adalah pedoman dan petunjuk untuk diamalkan ketika hidup. Kita mengharapkan supaya pahala bacaan quran kita sampai kepada simati. Dalam hal ini Imam Ibnu Kathir menukilkan kata-kata Imam kita As Syafie ketika mentafsirkan surah an-najm ayat 39:

وأن ليس للإنسان إلا ما سعى , أي كما لا يحمل عليه وزر غيره, كذلك لا يحصل من الأجر إلا ما كسب هو لنفسه, ومن هذه الاَية الكريمة استنبط الشافعي رحمه الله ومن اتبعه, أن القراءة لا يصل إهداء ثوابها إلى الموتى, لأنه ليس من عملهم ولا كسبهم

{dan tidaklah bagi manusia kecuali apa-apa yang diusahakan} iaitu sebagaimana manusia tidak menanggung dosa orang lain, begitu juga tidak akan memperoleh pahala kecuali yang dikerjakan sendiri oleh dirinya. Daripada ayat ini Imam Syafie dan pengikutnya berkata bahawa hadiah pahala bacaan tidak sampai kepada simati kerana bukan daripada amalan dan usaha mereka.

Saya tidak pasti amalan turun temurun masyarakat kita membaca quran untuk simati samada kita ziarah kubur atau tidak ini berdasarkan kepada mazhab mana. Saya ada juga tengok persoalan ini dalam kitab at takirah oleh imam Qurtubi. Memang ada perbahasan di sana. Alhamdulillah. Sebenarnya orang kita tidak fanatik mazhab Syafie.

5 comments:

Orang Kampung said...[Balas]

Assalamualaikum.
Kebanyakan orang membaca yaasin ketika mengunjungi pusara, lebih² lagi ketika musim perayaan (etc: Hari raya aidilfitri).
Apakah hukum amalan ini?

Anonymous said...[Balas]

Tidak ada sunah ini dalam sirah nabi mahupun sahabat

Orang Kampung said...[Balas]

kesimpulan?

Anonymous said...[Balas]

Ikut cara nabi adalah yang terbaik

Orang Kampung said...[Balas]

Terima kasih .

Post a Comment