"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, December 18, 2009

Doa akhir tahun awal tahun

"Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun malam ini". Bunyi pesanan ringkas yang dibaca oleh Abang Rahim kepada saya kelmarin. Saya diam tanpa apa-apa komen. Begitu juga dengan kawan saya, Adib.

Hari ini 1 Muharram 1431H. Kelmarin adalah hari terakhir bagi tahun 1430H. Biasanya masyarakat kita akan mengadakan majlis membaca doa yang disebut sebagi doa akhir tahun dan doa awal tahun, samada dibaca berjemaah ataupun seorang diri.

Artikel berkenaan doa-doa tersebut telah banyak ditulis. Ada pro dan kontra. Ada yang keterlaluan mendukungnya sehingga menyatakan ianya sunnah yang perlu diikuti dan ada yang menentangnya dan menyatakan bahawa ianya bid'ah yang wajib dijauhi.

Menelusi hadis-hadis sahih, tidak diketemui satu pun riwayat yang mengatakan tentang doa akhir tahun dan awal tahun ini. Fadhilat membaca doa ini memang tak ada. Macamana nak ada fadilat sedangkan doa ini tidak diajar oleh Nabi SAW.

Lalu bagaimana orang yang membaca doa ini? Sebenarnya berdoa adalah ibadat yang digalakkan dalam Islam dan temasuk doa ialah doa yang dibaca pada akhir tahun dan awal tahun tadi. Cumanya kita perlu ingat beberapa perkara:

1.Tidak ada lafaz doa khusus yang diajar oleh Nabi SAW untuk dibaca pada akhir tahun dan awal tahun.
2.Fadhilat yang mengatakan bahawa syaitan bersungut tidak dapat menggoda orang yang membaca doa ini adalah tidak betul.
3.Nabi tidak pernah mengumpulkan para sahabat untuk membaca doa ini.

Bagi saya berdoa tidak salah pada bila masa dan di mana sekalipun. Nak baca doa akhir tahun awal tahun pun tak salah tapi janganlah kita meletakkan hukum sunat baca doa ini dan mendapat fadihlat itu dan ini.

Lebih malang jika kita sandarkan bahawa perkara ini warid dan menjadi amalan Nabi SAW. Semoga amalan kita bertepatan dengan sunnah. كل عام وأنتم بخير

0 comments:

Post a Comment